” Tu yang aku menyamp4h home schooling ni.. ” – Ajak Shiro

Video Ajak Shiro Mengajar Anaknya Membuat Kerja Sekolah Yang Diberi Guru Namun Kapsyen Ajak Buat Ramai Netizen Bersetuju. Sabar Ajak !!

Mohd Hanaffi bin Razak atau lebih dikenali sebagai Ajak Shiro, merupakan pelawak Malaysia. Bakat beliau dicungk1l menerusi program Raja Lawak musim ke 6. Beliau berganding bersama dengan Shahrol Shiro dan membentuk sebuah kumpulan yang diberi nama Shiro.

Selain daripada menjadi seorang pelakon dan pelawak, beliau juga merupakan seorang penyampai radio Hot FM bermula dari tahun 2016 lagi. Sepanjang karier seninya, Ajak banyak menerima pencalonan dalam pelbagai anugerah.

Beliau dan Shahrol Shiro juga banyak menyertai pertandingan lawak terutamanya Maharaja Lawak Mega untuk beberapa musim dan sering mendapat tempat di hati penonton. Pada MLM 2018, kumpulan Shiro berjaya bergelar juara.

Menerusi akaun Instagram, video Ajak mengajar anak-anaknya membuat kerja sekolah yang diberi oleh guru telah dikongsikan. Namun apa yang menarik ialah yang membuat kerja sekolah bukanlah anaknya tetapi Ajak sendiri. Ad0ii, dah kenapa tu Ajak.. Hahaha..

Jom tonton video di bawah :

Oleh kerana anaknya tidak tahu untuk membuat kerja tersebut, akhirnya Ajak sendiri yang membuatnya. Patutlah Ajak beng4ng jer. Hehe. Rata-rata netizen ada yang bersetuju dengan pendapat Ajak. Antara komen-komen mereka :

Ayah pun xgar4ng .. baik sgtttttt.. “

” Sama laaaa . Bertabah jelah der, nk buat macamana demi anak2 x gitu.. “

” Sama kejap-kejap tanya mak apa jawapannya.. “

” Same aq yg sak1t kpla pkir nk buat ape.. “

” Chill la ajakshiro time hang kecik dl2 pn pak hang mesti tlg hang buat homework kemahiran gak kan.. “

” Sama laa… Nk tunggu anak yg buat berejam sudah maknye yg selesaikan soalan ehehhe… Keje rumah yg lain byk menanti ye.. “

Sabar Ajak, sesekali tolong kerja sekolah anak apa salahnya. Masa ini lah kita tunjuk bakat kita pada anak-anak. Tapi betul juga apa yang Ajak katakan. Bila dah home schooling ni, kadang-kadang ibu bapa yang lebih buat kerja sekolah daripada anak-anak. Hahaha..

Silakan SHARE..

Sumber : IG Ajak Shiro by Oh Kopak

Artikel ini disediakan oleh  OH KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Oh Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..