” Betul-betul air tangan Sumayyah tu. Haha.. ” – Netizen

Video Gelag4t Anak-Anak Puteri Sarah Liyana, Syaikul Dan Sumayyah Membuat Kek Cur1 Perhatian Netizen. Part Sumayyah Nampak Tepung Kelakar Sangat. Comel Chef Cilik Ni !!

Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin merupakan seorang bekas pelakon dan model wanita Malaysia. Beliau memulakan kerjaya seninya pada tahun 2008 sehingga tahun 2016. Sarah kini tidak lagi aktif kerana menumpukan perhatian sepenuhnya kepada keluarga.

Sarah pernah menjadi model untuk iklan DiGi, F&N, AG2000 dan Nivea. Beliau mula mengenakan hijab sepenuhnya pada tahun 2013 dan beliau telah mendirikan rumah tangga bersama pelakon dan pengarah berbakat besar iaitu Syamsul Yusof pada 8 Mac 2014.

Syamsul merupakan anak kepada pengarah dan penerbit terkenal Malaysia iaitu Dato’ Yusof Haslam. Perkahwinan mereka dikurniakan dua cahaya mata yang cukup comel bernama Syaikhul Islam yang berusia 3 tahun dan Sumayyah yang berusia 1 tahun.

Menerusi akaun Instagram, Puteri Sarah berkongsi videonya mengajar anak-anaknya membuat kek khas buat bapa mereka iaitu Syamsul Yusof. Sarah hanya menggunakan tepung kek segera untuk memudahkan cara menghasilkan kek tersebut. Gelagat kedua anaknya sangat mencur1 perhatian ramai.

Jom tonton video di bawah :

Rata-rata netizen tertarik dengan kecomelan Sumayyah dan memuji chef cilik Syaikhul membuat kek. Antara komen-komen mereka :

” Fooyoo shaikul pandai masak…. Grandma pun nk rasa jugak.. “

” Cantik betul sumayyah. Abg pn nsem.. “

” Hahaha riuh suara mama anak cepok tepung.. “

” Àbg nya handsome adik Comel betul.. “

” Woooooooo sumayyah nye skill baking hahahah… Good job .. “

” Haha, ada air tgn sumayyah.. “

” Betul-betul air tangan Sumayyah tu.. Haha.. ” 

Wah, seronok nampaknya Syaikhul dan Sumayyah membuat kek. Syaikhul nampak macam ada bakat jadi chef. Bijak sangat. Semoga Syaikhul dan Sumayyah membesar menjadi anak yang soleh dan solehah serta berjaya di dunia dan di akhirat. Amin..

Silakan SHARE..

Sumber : IG Puteri Sarah Liyana by Oh Kopak

Artikel ini disediakan oleh  OH KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Oh Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..