” Terimalah laguku untuk mu Jep.. ” – Roy Azman

Lagi Video Daripada Roy Azman Membahan Jep Sepahtu Dengan Lagu Raya. Ad0i, Part Lirik Tu Kaw Kaw Perl1 Jep. Kelakar Habis !!

Semenjak PKP ini nama Roy Azman makin popular di media sosial. Ada sahaja video-video lawak beliau yang menarik perhatian netizen. Tambahan pula Roy dilihat suka membalas video-video yang dibuat oleh pelawak Jep Sepahtu.

Roy atau nama sebenarnya Zairosminan bin Abdul Rahman begitu akrab dengan Jep selepas sama-sama aktif dalam bola sepak untuk pasukan Superlawak FC. Selain Roy dan Jep, antara artis lain yang terlibat ialah Rahim, Shah Slam, Tomok dan ramai lagi.

Walaupun perbezaan umur yang jauh antara Roy dan Jep di mana Roy merupakan artis senior namun gelagat mereka ‘membahan’ antara satu sama lain menghiburkan ramai orang. Jep pula terkenal dengan lawak spontan dan puncchline yang menggeletek hati.

Menerusi akaun Instagram, Roy berkongsi videonya menyanyikan lagu raya iaitu Musafir Di Aidilfitri namun telah diubah liriknya. Roy menujukan lagu ini kepada Jep Sepahtu kerana sebelum ini Jep telah berkongsi video yang turut menyanyikan lagu raya.

Jom tonton video di bawah :

Ini pula video Jep yang dikongsikan olehnya dahulu :

Rata-rata netizen terhibur mendengar lagu raya daripada Roy Azman. Antara komen-komen mereka :

” Buat hal..lah abg.. suara sedap boleh jual ni.. “

” Time goreng tu tak mau kalah.. “

” Haha.. Puasa blom lagi abg Roy.. “

” Ser4ngan balas utk Jep.. “

” Hahaha.. Mudah terhibur dengan abg Roy dan Jep.. “

” Hahaha.. Canggih gitar bang.. P0wer la.. “

” Dia law4n juga. haha.. “

Ad0i, ada sahaja idea Roy nak ‘menganj1ng’ Jep. Seperti sudah berjangk1t penyak1t kelakar Jep kepada Roy. Haaha !! Agaknya selagi tak tamat tempoh PKP, selagi itu ada sahaja video antara mereka dikongsikan. Lepas ni video apa pula agaknya ye ? Tak sabar rasanya nak tunggu video seterusnya.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Jep Sepahtu, Roy Azman by  Oh Kopak

Artikel ini disediakan oleh  OH KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Oh Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..