” Dia adalah lelaki paling sempurna.. ” – Mira Filzah

Video Mira Filzah Live Bersama Uyaina Arshad Bercerita Tentang Bakal Suaminya. Ehem, Sampai Blushing Muka Mira. Sweet Sangat !!

Baru-baru ini tul4r video live pelakon cantik manis Mira Filzah bersama penceraman agama, Ustazah Asma Harun yang disiarkan secara langsung menerusi Facebook dan Instagram. Dalam video berkenaan, secara spontan Ustazah Asma bertanyakan mengenai status Mira yang kini sudah berpunya atau pun tidak.

Mira Filzah atau nama sebenarnya ialah Nur Amirah Filzah binti Badioezaman kelihatan seperti malu-malu membicarakan tentang isu berkenaan. Akhirnya bintang utama Drama Sweet Dreams ini mengaku sudah berpunya dan memaklumkan pihak kedua-dua keluarga telah berjumpa dan berbincang untuk menyatukan mereka.

Pastinya video ini memberi khabar gembira kepada semua terutama sekali peminat Mira yang dari dulu tidak henti-henti memberi sokongan padu kepadanya. Malah ada sahaja hero drama yang digandingkan dengan Mira menjadi bahan g0sip untuk disatukan dengannya di alam nyata.

Menerusi akaun Instagram, yang terbaru telah dikongsikan video live perbualan antara Mira Filzah dan Uyaina Arshad. Kali ini, Uyaina bertanya tentang jejaka yang berjaya menambat hati Mira dan Mira turut bercerita bahawa beliau telah melakukan solat istikarah beberapa kali sebelum membuat pilihan dan bersetuju untuk langkah seterusnya.

Jom tonton video di bawah :

Rata-rata netizen mendoakan kebahagiaan Mira dan ada juga yang berasa kecewa dengan pengakuan Mira yang sudah berpunya. Antara komen-komen mereka :

” Semoga bhgia sllu.. “

” Oooooyaaaaa… so sweet .. “

” Beruntungnya laki tu.. “

” Walaupun sed1h saya harap Mira filzah bahagia hingga ke jannah.. “

” Uwaa.. x boleh terima.. “

Alahai, sweet sangat. Pasti ramai tertanya-tanya siapakah jejaka bertuah yang berjaya memikat hati Mira ini. Terpancar kebahagiaan pada wajah Mira. Kami di Oh Kopak mendoakan semoga urusan Mira dipermudahkan untuk menuju ke gerbang perkahwinan.  Alahai, tak sabar nak tengok Mira naik pelamin.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Lily Rose, Mira Filzah by Oh Kopak

Artikel ini disediakan oleh  OH KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Oh Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..