” Penat kita tempah daripada Malaysia.. ” – Ryzal Ibrahim

Ryzal Ibrahim Kongsi Gambar Memakai Baju Batik Berwarna Hijau Pucuk Pisang. Tapi Maryam Cakap Baju Tu Nampak Macam Gambar Di Sebelah. Haa, Korang Tengok Dulu, Rasa Sama Tak ? 

Sebut sahaja tag line ‘ lapare nak mamp0s’ pasti ramai yang  teringatkan seorang wanita yang berasal dari Korea Selatan ini. Maryam You Narae merupakan seorang fisi0terapi di sebuah hospital di Bandar Ansan, Korea. Beliau telah memelok agama Islam dan memilih jejaka dari Malaysia bernama Nik Muhammad Ryzal sebagai suami.

Hubungan pasangan ini direstui kedua bel4h keluarga masing-masing walaupun mereka berlainan agama dan sosio-budaya. Maryam sangat berminat untuk belajar dan mendalami budaya melayu dan agama Islam. Beliau juga rajin mempelajari bahasa Melayu dan seringkali cuba berinteraksi dalam bahasa Melayu.

Gelagat suami isteri ini sangat mencuit hati. Maryam yang bercakap pelat dalam bahasa melayu sangat comel didengari. Suaminya Ryzal seringkali perkenakan dan mengusik Maryam dengan menyatakan maksud yang salah. Kadangkala Maryam akan membebel dalam bahasa Korea kerana mar4h atas usikan itu.

Menerusi posting di laman Instagram suami Maryam iaitu Ryzal Ibrahim satu posting bergambar telah dimuatnaik. Gambar tersebut merupakan gambar Ryzal yang sedang mengenakan baju batik berwarna hijau pucuk pisang dan berseluar slack. Menurut Ryzal baju tersebut dibeli dari Malaysia.

Apa yang menariknya, apabila Maryam mengatakan baju yang beliau pakai nampak seperti gambar di sebelah. Kalau nak tahu gambar di sebelah itu gambar apa, nanti bolehlah swipe ke gambar seterusnya ye. Lucu sungguh Maryam ni ye.

Jom lihat perkongsian di bawah ini :

( Klik butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya.. )

Perkonsgsian daripada Ryzal ini membuat ramai netizen terhibur. Ini antara komen mereka :

” Sampai hati Maryamyunrrr . Kalau saya nampak macam ul4t bulu.. “

” Nak buat mcm mana culture dia mana kenal batik hahaha.. “

” AHAHAHAHAHAHA maryam ni sungguh menghiburkan lah. Balik Malaysia buat lah meet and greet.. “

” Hahahah lawak lah.  Adohaii Maryam unnie comel betul lah ade ke cakap mcam belalang. Tapi kan memang sama pun.. “

” Kes1an cik abe samo dgn Belalang, sabar je la pak belalang.. “

Comel je Maryam ni kan. Itulah selalu Rizal yang usik Maryam, kali ni giliran Maryam pula. Adil la kan. Biasalah kehidupan berumahtangga mesti ada gurau-gurauan, barulah ada warnanya. Apa-apa pun semoga Maryam cepat belajar budaya Malaysia dan bercakap dalam Bahasa Melayu dengan baik. Keep it up Maryam !!

Terima kasih kepada pembaca OH KOPAK.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Ryzal Ibrahim, Maryamyunrrr

Artikel ini disediakan oleh OH KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..