” Comel je dia sebut Cik Man ke Chipmunk ? ” – PU Azman

PU Azman Kongsi Video Online Bersama Pasangan Durian Kimchi. Namun Laptop Cik Man Pulak Yang Menarik Perhatian Netizen. Perhhh, Bukan Biasher Biasher Ni !!

Nama PU Azman sudah tidak perlu diperkenalkan lagi, PU Azman atau lebih mesra dipanggil Cik Man itu bukan hanya penceramah bebas malah Cik Man juga merupakan seorang pakar motivasi. Selain daripada itu Cik Man juga menceburi bidang pengacaraan dan lakonan.

Cik Man seorang yang sangat kelakar, setiap ceramah yang diberikan, Cik Man sentiasa menyelitkan gurauan. Penonton ceramah beliau tidak kering gusi setiap kali menontonnya. Sedar tak sedar beberapa drama yang dilakonkan oleh Cik Man, pelakon wanita utamanya adalah Mira Filzah.

Peminat-peminat merasa terhibur setiap kali membaca jawapan tentang soal jawab yang dapat dilihat di laman sosial milik Cik Man. Ada saja gurauan yang diselitkan oleh Cik Man pada jawapan yang diberikan. Mudah terhibur membuatkan remaja-remaja semakin dekat dengan dakwah yang disampaikan.

Terkini Cik Man berkongsi video di laman sosial miliknya mengenai beliau baru selesai pergambaran untuk rancangan berjudul Tanya Cik Man Musim 3. Tetamu untuk rancangan ini adalah pasangan viral Malay – Korean iaitu Rizal dan Maryam You Narae.

Mari kita tonton video di bawah ini :

Antara komen-komen yang daripada peminat adalah seperti berikut :

” Lee Cik Man tu cam nama chinese je. Park Cik Man baru nampak Korean.. “

” Cikman nk kata lee dong wook kann tapi jadi Lee Cik Man.. “

” Cikman memang lee dong man (lee dong wook Malaysia).. “

” Wow laptop idaman tu, harap tercapai impian nak beli Alienw4re. Amiin.. “

” Fuh Laptop Alienw4re lah, Ustaz gaming ni.. “

” Alienw4re mat Padu, geng2 pc stre4mer nie.. “

” Perhh laptop bukan biasher-biasher ni, Alienw4re tu.. “

” Nak gak lee cik man nasib baik tak lee dong man.. “

” Wah best2 ada duriankimchi couple nanti.. “

” Kenapa saya dengar cik man ckp sabah bah, itu maryam bah bukan stacy.. “

Alahaii comel je pasangan Durian Kimchi ni. Tak sabar nak tangok rancangan Tanya Cik Man Musim 3 ni. Semoga Cik Man terus berdakwah dan terus memberikan semangat kepada anak muda untuk mendekati Agama. Semoga dengan apa yang dilakukan oleh Cik Man mendapat keberkatan. Amin..

Silakan SHARE..

Sumber : IG PU Azman

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / OH KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..