” MasyaAllah cantiknya bakal menantu Ustazah.. ” – Netizen

Datuk Dr Ustazah Norhafizah Kongsi Gambar Pertunangan Anakandanya, Ashraf Dan Pasangannya Aisyah. Cantik Dan Manis Bakal Menantu Ustazah, Sejuk Mata Memandang !!

Ustazah Norhafizah merupakan salah seorang penceramah agama yang begitu dekat di hati masyarakat amnya. Personalitinya yang tegas dalam kelembutan, bertutur dalam senyuman dan sentiasa hikmah dalam menasihati antara sebab Ustazah begitu dikenali.

Walaupun bukan merupakan penceramah sepenuh masa kerana mempunyai kerja hakiki sebagai pensyarah di UTM Kuala Lumpur, namun Ustazah mempunyai pengikutnya yang tersendiri. Pengikutnya di instagram sudah mencapai seramai 714 ribu. Tidak hairanlah Ustazah menggunakan Instagram sebagai platform untuk Ustazah berdakwah.

Seperti ibu-ibu yang lain, Ustazah juga turut berkongsi saat-saat manis bersama anakandanya di Instagram miliknya. Sebelum ini, Ustazah juga turut memuatnaik video pernikahan anakandanya yang tercinta. Majlis yang sederhana tetapi meriah itu mendapat banyak ucapan tahniah.

Selang seminggu, sekali lagi Ustazah memuatnaik gambar anakanda Ashraf dan Aisyah pula bertunang. Bertuah betul Ustazah, bakal mendapat lagi menantu dalam usia yang muda. Ashraf dan Aisyah juga bertuah kerana mendapat doa yang begitu bermakna buat mereka daripada kedua orang tua. Majlis pertunangan yang telah diadakan baru-baru ini cukup meriah dan dihias indah.

Ikuti perkongsian Ustazah di bawah :

( Kl1k butang KANAN  > untuk melihat gambar seterusnya.. )

Perkongsian Ustazah mendapat ucapan tahniah daripada netizen. Antara komen-komen netizen :

” Alhamdulillah mabrouk ustazah.. Tahniah ustazah dan kluarga.. “

” MasyaAllah.. cantikkknyaa bakal menantu ustzh.. Mashaallah, cantiknya semua.. “

” Semoga dipermudahkan segala urusan ustazah sekeluarga.. “

” Alhamdulillah. MashaaAllah. Cantik. Tahniah ustazah.. Alhamdulillah.. “

” Ustazah.. tahniah.. rezeki 2020.. smg silaturrahim kalian hingga ke syurga. Barakallah.. “

” MasyaAllah cantiknyaa. Tahniahhh ustazah dan keluarga.. Cntik nya bakal menantu ustazah.. “

” Alhamdulillah tahniah.. Solang seminggu jo majlis ni osah la.. “

Cantik sungguh bakal menantu Ustazah. Bertuah Ustazah mempunyai menantu dan bakal menantu pada usia yang masih muda. Semoga dipermudahkan urusan selepas ini bagi bakal pengantin, Ashraf dan Aisyah. Semoga keluarga ini sentiasa di bawah lindunganNya dan bahagia sehingga ke syurga abadi. Amin.

Silakan SHARE…

Sumber : IG Ustazah Norhafizah Musa 

Artikel ini disediakan oleh OH KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Oh Kopak tanpa kebenaran, report untuk copyright akan dikenakan..