” 6 years ago today, happy anniversary darling.. ” – Alif Satar

Alif Satar Kongsi Video Thr0wback Majlis Pernikahannya Sempena Anniversary Yang Ke 6. Namun Komen Isterinya, Shadila Halid Raih Perhatian Peminat. Alahai Syahdu Sungguh !!

Muhammad Alif Bin Mohd Satar atau lebih dikenali sebagai Alif Satar sememangnya seorang yang berbakat besar dalam arena seni tanah air. Alif bukan sahaja berbakat dalam bidang nyanyian apabila dinobatkan sebagai juara One in A Million, tetapi juga hebat dalam pengacaraan, peragaan dan lakonan.

Alif telah mendirikan rumah tangga bersama dengan wanita yang dicintainya, Shadila Halid setelah mengenali hati budi selama 4 tahun. Perkenalan itu berkahir ke jinjang pelamin pada tahun 2014. Kini, pasangan ini telah dianugerahkan 3 orang anak-anak yang comel iaitu Alisha, Ariana dan Muhammad Ali.

Kini usia perkahwinan mereka telah mencapai usia 6 tahun. Di sebalik jat0h bangun Alif, berdiri utuh di belakangnya seorang wanita hebat yang bergelar isteri. Walaupun Alif tidak selalu berkongsi hal peribadi dan keluarganya di media sosial, namun kebahagian jelas kelihatan sesekali Alif berkongsi gambar dan video keluarga di Instagram miliknya.

Terbaru Alif ada kongsikan video majlis pernikahan Alif pada 6 tahun yang lepas menerusi akaun Instagram. Sweet sangat pasangan merpati dua sejoli ini. Alif kelihatan tenang ketika akad nikah berlangsung. Cepat betul masa berlalu, kenangan terindah ini pastinya tersemat kukuh di ingatan.

Ikuti video perkongsian Alif di bawah :

Perkongsian video Alif Satar mendapat ucapan tahniah daripada netizen. Antara komen-komen netizen :

” Happy Anniversary dik berdua.. Long beautifull journey to go.. “

” Allah bless you and the family with all the good things in this life and the hereafter brother. Amiin.. “

” Happy anniversary to you n your wife bro.. Semoga keluarga diberkati dunia akhirat… Aaamiin.. “

” I remember crying when i watched the video time alif nyanyi lagu ‘kau segalanya’ for his wife.. “

” Semoga hubungan suami isteri dirahmati oleh Nya dan kekal hingga ke Jannah… “

” Celebrity couple that i adore so much.. happy anniversary kak shad and alif.. “

Isteri Alif turut men1nggalkan komen dan komennya meraih perhatian ramai :

Selamat ulang tahun perkahwinan Alif. Walaupun usia perkahwinan telah melepasi fasa 5 tahun pertama, namun pasangan ini tetap sweet sangat ketika bersama. Semoga ikatan perkahwinan ini terus bahagia sehingga ke syurga abadi. Kami juga doakan Alif semakin berjaya dalam bidang yang diceburi. Amin.

Silakan SHARE…

Sumber : IG Alif Satar

Artikel ini disediakan oleh OH KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Oh Kopak tanpa kebenaran, report untuk copyright akan dikenakan..