” Suka lah tengok kak Lina dan cikgu Azlan masak.. ” – Netizen

Video Gelagat Elly Mazlein Dan Suaminya, Cikgu Azlan Memasak Dalam Program ‘Masak Apa Tu’ Buat Ramai Terhibur. Lebih-Lebih Lagi Azhan Rani Sebagai Pengacara. Memang Lawak Habis !!

Berita pelakon dan pengacara terkenal Elly Mazlein sekali lagi mendirikan rumahtangga buat rata-rata peminatnya begitu teruja. Malah majlis pernikahan pelakon itu turut mendapat liputan luas dari media hiburan tanah air dan warganet.

Lebih membuat ramai tertunggu apabila ingin melihat siapa gerangan jejaka yang telah berjaya menawan hati Elly Mazlein atau lebih dikenali sebagai kak Lina Pom Pom. Memang sama cantik sama padan melihat pasangan ini duduk bersanding ketika majlis perkahwinan mereka pada awal tahun lalu.

Kini, dilihat Elly Mazlein melalui kehidupan yang penuh bahagia bersama suami tercintanya iaitu Azlan atau lebih dikenali sebagai Cikgu Azlan. Untuk rekod, menerusi perkahwinan terdahulu, Elly Mazlein mempunyai seorang anak perempuan yang kini telah berusia 4 tahun.

Menerusi channel Youtube TV3 telah berkongsi satu video siaran program rancangan ‘ Masak Apa Tu ? ‘  .Lebih menarik kali ini adalah artis jemputan ialah Elly Mazlein dan suaminya. Memang menarik dan terhibur melihat pasangan ini beraksi untuk menunjuk kepakaran masing-masing dalam memasak.

Turut menarik perhatian ramai  adalah pengacara program tersebut adalah Azhan Rani membuat rancangan tersebut bertambah kelakar melihat aksi masing-masing dihadapan kamera. Antara komen-komen netizen adalah :

” Okay.. Aq nmpk Kak Lina & Cikgu, trus klik laju2! Dua2 pandai masak.. Bahagia nya lahai! Auummm Kurus lak bro Azhan Rani skang… Tak ley lupa watak Ust Hamadi, rasa nk cepuk kepala dia.. ” 

” Pasangannn yg sangatt serasi, sangat comel ustaz hamadi melatah ke tuuu.. “

” Nampak thumbnails Kak Lina pom2 terus auto views, like n komen.. Always love kak lina pom2 n suam.. “

” Suka lah tengok kak Lina dan cikgu Azlan masak, nampak serasi dan sweet.. ”

” Suka ngan psngan ni sweet sgt kak Lina pom2 comei.. “

” Helokkkkkkkkkkkk Aku kalau tengok kak Lina pom pom ni selalu terlintas dia sebut gitu.. “

” Memang kelakar betul lah tengok masing-masing semangat nak tunjuk skill masak.. “

Seronok tengok pasangan serasi ni sama-sama memasak. Memang nampak bahagia betul. Azhan Rani memang seorang yang sangat menghiburkan lagi-lagi bergabung dengan Elly Mazlein bertambah riuh la suasana. Kami dari Berita Kopak mendoakan semoga Elly Mazlein dan suami sentiasa bahagia bersama. Aamin.

Tonton video penuh di bawah ini :

Silakan SHARE..

Sumber : Youtube TV3 Malaysia

Aktikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..