” Kalau macam ni gaya comelnya, memang bagi rate terlebih bintang lah, haha.. ” – Netizen

Betty Rahmad Kongsi Video Anaknya, Ardy Wira Berlakon Jadi ‘Delivery Boy’ Buat Ramai Terhibur. Amboi Comelnya Wira, Kemain Lagi Naik Vespa. Siap Pakai Kaca Mata Hitam, Haha !!

Bagi yang mengikuti perkembangan Betty Rahmad di akaun Instagram, pasti mengetahui Betty sering berkongsi perkembangan anaknya iaitu Ardy Wira. Sudah berusia 3 tahun, si kecil ini kelihatan begitu petah bercakap dan ada sahaja gelagat comelnya membuatkan ramai yang melihat akan terhibur.

Wira juga sering mendapat pujian warganet kerana Wira seorang kanak-kanak yang bijak. Terbaru, Betty ada memuatnaik satu video tentang gelagat Wira. Dalam video itu, Wira sedang berlakon menjadi seorang penghantar makanan.

Comel mengenakan pakaian seragam penghantar makanan, kelihatan Wira menaiki skuter mainan sedang menghantar makanan yang dipesan oleh pelanggan. Setibanya di rumah, Wira telah membuka beg dan memberikan beberapa bungkusan kepada pengasuhnya, Kak Teha yang melakonkan watak sebagai pelanggan.

Perkongsian video tersebut telah menarik perhatian warganet. Ramai yang ger4m melihat gaya Wira dalam video. Sehingga kini video Wira berlakon menjadi penghantar makanan ini telah mendapat lebih 29 ribu tanda suka dan ratusan komen sejak dimuatnaik ke Instagram.

Jom tonton video di bawah :

Di ruangan komen, rakan-rakan artis mahupun peminat begitu terhibur menonton lakonan Wira dan memuji kecomelannya. Antara komen-komen tersebut adalah :

” Tolong delivery sambal ke rumah Saya please. Saya bagi 5 bintang, janji.. ” – Mimi Lana

” Comel sangat.. ” – Yaya Zahir

” Too cute.. ” – Hunny Madu

” Adoii macam ni gaya comelnya, memang bagi rate terlebih bintang pastu bagi tips lebih mahal dr harga barang.. “

” MasyaAllah punya cute Wira, ger4m lah tengok dia, hahaha. Bijak betul lah anak bertua ni, cakap pun pandai kemain.. “

” Speaking orang putih oooo delivery boy ni, Wira2 buat makcik tersenyum tau. Kalau macam ni lah delivery boy, hari2 makcik oder makan.. “

” Comeynya siap nak tersungkur sikit lepas bagi salam tu, hahahaa. Siap dengan baju spek mata hitam lagi, ger4m tengok.. “

 ” Kalau yang ni delivery boy, aunty bagi 10 bintang and big tips, tak cakap banyak dah. Cuteness overload tau.. “

 ” Kalau Wira laaa rider FP kt area kL, i gerentiii tipss dia lagi banyak dari gaji sehari dia berkerja hahaha.. “

” Ni kalau lambat sampai pun tak pa, sebab comel sangat tengok.  Pandai lah berlakon si Wira ni, hehe.. “

Alahai memang comel betul Wira jadi delivery boy, pandai berlakon yer Wira sekarang. Patut lah ramai yang terhibur melihat gelagat Wira. Apa-apa pun, semoga Wira terus menjadi anak yang baik buat kedua orang tuanya, Insyaallah.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Betty Rahmad

Artikel ini disediakan oleh OH KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Oh Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..