” Jangan sia-siakan mereka lagi lepas ni ya Aliff.. ” – Netizen

Aliff Aziz Kongsi Ucapan Istimewa Buat Anaknya, Ayden Adrean Sempena Ulangtahun Kelahiran Ke 3. Ucapan Ikhlasnya Buat Ramai Yang Tersentuh Hati. Be A Good Daddy Aliff !! 

Semalam telah berlangsungnya Majlis Ulangtahun Kelahiran ke 3 buat Ayden Adrean. Anak sulung kepada pasangan sensasi Bella Astillah dan Aliff Aziz ini kelihatan gembira dan ceria. Berpakaian seperti seorang Astr0naut, dekorasinya juga dihias mengikut tema kegemarannya itu.

Banyak aktiviti yang diadakan untuk menggembirakan Ayden. Walaupun Bella sudah sarat, namun untuk Ayden majlis tetap diteruskan dengan meriah. Aliff pula sehingga kini masih belum berpeluang untuk bertemu Ayden dan Bella berikutan pintu masuk antarabangsa yang masih belum dibuka.

Mengimbau kembali, pasangan ini pernah melalui detik suk4r dalam perkahwinan mereka. Pernah bercer4i namun ruj0k kembali, peminat mendoakan moga perhubungan ini berpanjangan dan kekal aman. Mereka juga bakal menimang cahayamata kedua bila-bila masa sahaja.

Meninjau akan Instagram Aliff Aziz, telah dikongsikan beberapa keping gambar anaknya Ayden. Salah satunya adalah gambar ketika Ayden dilahirkan dahulu. Comel betul muka si kecil ini. Namun apa yang menarik perhatian adalah ucapan Aliff itu sendiri yang begitu menyentuh hati.

Jom baca perkongsian di bawah :

( Klik butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya.. )

View this post on Instagram

Happiest 3rd birthday to my beloved little buddy @aydenadrean17 ! I know i know, Daddy is a day late in wishing and i did that on purpose. Mummy was thebfirst to wish so i wanted to be the one to end your special day with this post buddy. You have grown up so quickly becore our eyes into a handsome smart boy and Daddy pray that you will grow up well to be the best version of yourself, someone that Daddy might have not been able to be. Daddy thank Allah always for blessing me with such a priceless blessing, that always have a way to make my problems and stress disappear whenever you smile. Thank you for being the apple of Mummy and Daddy's eyes sayang. I love you. P.s Thank you Mummy @bellaastillah for giving birth to this miracle and being strong throughout the journey. May Allah bless you with rewards beyond your imagination for all the love and patience you have had this far. ❤️✨ #MrAndMrsAliffAzizJrTurns3 #AydenAdreanTurns3

A post shared by 𝐀𝐥𝐢𝐟𝐟 𝐀𝐳𝐢𝐳 (@iamaliffaziz) on

Ucapan Aliff ini mendapat perhatian daripada netizen. Antara komen-komen mereka :

” Happy birthday sayangg ayden. So cute.. “

” Bertuahnya ayden ada ibubapa yg baik.. “

” Father is the first example for children may children be a complement in all time, may you soon gather again, namely a happy family in the hereafter…. Aamiin Ya Robbal Allamiin.. “

” Be a better daddy and change for the best bro. Enjoy urself with ur loved ones.. “

” Jangan sia-siakan mereka lagi lepas ni ya alif.. “

” Happy birthday again ayden adrean, soon nak jadi abg dah. Ceria, sihat selalu n jadi anak yang soleh okay.. “

Ucapan yang sangat istimewa buat Ayden yang terkandung harapan daripada seorang ayah. Semoga Ayden terus membesar menjadi anak yang baik dan menyenangkan hati kedua ibu bapanya. Buat Aliff, jadi ayah dan suami yang terbaik buat Ayden dan Bella. Peminat sentiasa mendoakan kebahagiaan kalian. Aamin..

Silakan SHARE..

Sumber : IG Aliff Aziz, IG Bella Astillah

Artikel ini disediakan oleh OH KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Oh Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..