” Cucu ke-8, sepatutnya bersalin 17hb nanti.. ” – Bonda Rozita Ibrahim

Bonda Rozita Ibrahim Kongsi Wajah Comel Cucu Terbarunya Di Instagram. Alahai, Putih Melepak Sungguh Dan Comel Sangat. Tahniah Bonda Dan Ajiem !!

Rozita Ibrahim atau lebih mesra dipanggil Bonda Rozita merupakan usahawan dan pengasas produk kecantikan. Beliau juga merupakan ibu kepada jutawan kosmetik terkenal, Dato’ Aliff Syukri. Bonda Rozita sering menjadi sumber inspirasi kepada wanita dalam dunia perniagaan.

Menjenguk ke akaun Instagram beliau, Bonda Rozita telah memuatnaik beberapa gambar cucunya yang baru sahaja dilahirkan pada 8 Julai 2020. Ini merupakan cucu ke 8 buatnya dan merupakan seorang bayi lelaki. Pastinya meriah kehidupan Bonda Rozita dengan pertambahan cucu yang semakin ramai.

Menurut Bonda Rozita, cucunya ini sepatutnya dilahirkan pada 17 Julai ini. Namun disebabkan air ketub4n dalam kandungan semakin kering, menantunya itu terpaksa diberikan 1nduce untuk proses bersalin awal bagi mengelakkan sebarang risik0.

Akhirnya, bayi tersebut selamat dilahirkan walaupun saiznya kecil. Bonda Rozita telah berkongsi gambar cucunya itu di akaun Instagram. Aiman Hazeem meminta bonda Rozita mencarikan nama buat anak lelaki sulungnya itu. Wahhh jarang-jarang sekarang ni anak suruh ibu yang carikan nama untuk cucu. Terbaik lah Ajim !!

( Klik butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya.. )

Rata-rata netizen mengucapkan tahniah kepada Bonda Rozita. Antara komen-komen mereka :

” Alhamdulillah tahniah bonda. MasyaAllah comelnya dia… “

” Masyallah comelnya.. moga membesar jd ank yg baik n soleh.. “

” Tahniah bonda dpt cucu lgi… tahniah juga kpd ajim & isterinya & selamat brsalin.. “

” Tahniah Bonda dpt cucu, tahniah buat Ajim dan Fiza, semoga baby membesar jd ank / cucu yg soleh. Aamiin.. “

” Tahniah ajim dah jd ayah. Mudahan bby membesar jd ank yg soleh.. “

” Syukur alhamdulillah dan tahniah… Sulaiman nama nabi, Fareeq maksudnya Leftenan Jeneral… bagus nama tu…. semoga cucu bonda jadi anak soleh Dan taat pada kedua org tuanya… “

Alahai, cucu bonda semuanya comel-comel. Tahniah diucapkan kepada Bonda Rozita atas kelahiran cucu yang ke 8. Begitu juga kepada anak Bonda Rozita, Aiman Hazeem dan isteri atas kelahiran cahaya mata sulung. Semoga ibu dan anak dalam keadaan sihat hendaknya. Amin..

Silakan SHARE..

Sumber : IG Bonda Rozita, Aiman Hazeem

Artikel ini disediakan oleh OH KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Oh Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..