” Do you like my new shoes Daddy ? ” – Zayne

Gambar Anak Mat Dan, Muhammad Zayne Danial James Yang Comel Menggayakan Kasut Special. Amboi Zayne Kecik-Kecik Dah Pandai Bergaya Ni. Kasut Dia Bukan Main Lagi. Hands0me Boy !!ย 

Siapa tidak kenal pemuda mat salleh yang fasih bercakap dalam loghat Terengganu, Mat Dan. Namanya tular kerana kebolehan berbahasanya itu. Bermula dari seorang pengembara, Mat Dan akhirnya menjadi salah seorang penduduk di Malaysia. Beliau juga kini merupakan duta pelancongan bagi negeri Terengganu.

Mat Dan terkenal dengan siri Haramain Backpackers- Trans Siberian dan Mat Dan Kaki Jalan. Terpesona dengan keindahan Malaysia dan layanan baik orang Malaysia, Mat Dan akhirnya mengahwini seorang gadis tempatan bernama Nadira Adnan.

Mereka dikurniakan seorang anak lelaki diberi nama Muhammad Zayne Danial James. Suka menggunakan Instagram sebagai medium berkongsi ilmu dan cerita, Mat Dan sering membuat video bersama Zayne. Keletah Zayne memberi salam dan turut sama menyamp0k bercakap buat ramai terhibur. Apatah lagi mendengar ucapan salamnya yang disebut ‘Atom’.

Menerusi akaun Instagram Mat Dan, telah dikongsikan sekeping gambar Zayne yang comel memakai kasut. Zayne yang menyarung kasut ibunya itu tersenyum gembira. Alahai nak start travel dah ke Zayne. Muka tu tak pernah tak cute tau.

Jom baca perkongsian di bawah :

Gelagat Zayne ini menghiburkan dan mendapat perhatian ramai. Antara komen-komen mereka :

” I like you more then your shoes.. “

” Hensemnyaa hero malaya ni. cute boy macam daddy.. “

” Zayn nak pergi mane pakai kasut zayn.. “

” Rindu nak dengar Zayne bagi salam.. ย Awat comei ni. Petit chaton.. “

” Tu mcm boots mummy tu. Comelnyer Zayne.. “

” Bapok besor kasut adikk. Cutie-pie lah zayn ni.. “

” So cute. tk sabar nk berjalan-jalan ke.. “

” Hensemboy Zayne ni. Sebijik macam daddy dia.. “

Halah halah Zayne ni, bukan main lagi kasut dia. Dah macam gaya McDonald’s la kasut tu. Kaki kecik kasut besar. Lucu Zayne ni. Apa pun, kami di Berita Kopak berharap agar Zayne membesar dengan sihat, dilindungi Allah selalu dan gembira dengan keluarga tersayang. Aamin

Silakan SHARE..

Sumber : IG Mat Dan

Artikel ini disediakan oleh OH KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Oh Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..