” Ayden dah school la, pandainya dia.. ” – Netizen

Video Anak Bella Astillah, Ayden Adrean Sedang Mengikuti Pembelajaran Di Sekolah. Wah Dah Big Boy Lah Ayden, Semangat Je Ikut Cikgu Baca !! 

Populariti penyanyi dan pelakon, Bella Aziz dan Aliff Aziz membuatkan pasangan ini sering menjadi tumpuan peminat. Kehadiran dua cahayamata mereka iaitu Ayden Adrean dan Ara Adreanna memberi lebih kegembiraan kepada keluarga kecil mereka ini.

Meninjau akaun Instagram Ayden Adrean, telah dikongsikan satu video terkini Ayden. Ayden yang sudah berusia 4 tahun ini kini sudahpun mula dihantar ke sekolah. Pada video ini, kelihatan Ayden yang lengkap memakai pelindung muka dan memakai pakaian seragam sekolah.

Ayden sedang mengikuti pembelajaran bahasa Inggeris di dalam kelasnya. Ayden menyebut kembali perkataan yang disebut gurunya dengan penuh semangat. Wah bijak dan tidak pemalu Ayden di dalam kelas.

Di ruangan kapsyen pula dituliskan pertanyaan daripada gurunya menyuruh Ayden memilih sebiji labu dan dijawab Ayden dengan perkataan huh. Semakin besar, semakin comel anak kesayangan Bella dan Aliff ini.

Jom tonton video di bawah :

Gelagat Ayden ini mendapat respon emoji berbentuk love daripada peminat. Cepat sungguh masa berlalu, sudah besar Ayden sekarang. Antara komen yang dapat dikongsikan  :

” Ayden dah school la, pandainya dia. Dah besar dah dia.. “

” Bijaknya Ayden.. “

Seronok Ayden berada di sekolah bersama kawan-kawan dan muka blur Ayden itu cute sahaja. Awal-awal pembelajaran pastinya semua kanak-kanak akan sedikit suk4r. Iyelah suasana pembelajaran yang baru dan lebih banyak perkataan baru berbanding biasa.

Peminat juga suka melihat perkembangan Ayden ini dan sehingga kini sudah 54 ribu tontonan menonton video ini. Apa pun, semoga Ayden terus bersemangat untuk belajar dan menjadi anak yang bijaksana serta ceria selalu.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Ayden Adrean

Artikel ini disediakan oleh OH KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Oh Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..