” Besar nanti tinggi dan putih, memang handsome habislah.. ” – Netizen

Zahirah Macwilson Kongsi Video Perkembangan Terbaru Anaknya. Wah, Cepatnya Si Comel Membesar, Putih Dan Gebu Sungguh Kulitnya !!

Umum mengetahui pasangan selebriti Zahirah Macwilson dan Aiman Hakim Ridza kini sudah lebih sebulan bergelar ibubapa. Bayi lelaki yang selamat dilahirkan pada 5 Januari lalu masih belum diumumkan namanya kepada umum.

Malah pasangan ini juga belum bersedia berkongsi wajah si comel ini di media sosial. Walaupun begitu, Zahirah tetap berkongsi perkembangan terkini anaknya yang kini sudah berusia 6 minggu di Instastory miliknya.

Video tersebut juga turut dikongsikan di akaun media sosial peminat pasangan ini. Zahirah telah berkongsi mengenai ketinggian anaknya iaitu 59cm di mana bayi mereka juga seorang yang tinggi seperti ibu dan bapanya.

Walaupun Zahirah hanya merakamkan kaki si comel sahaja, sudah semestinya anak pasangan ini secomel ibu dan bapanya. Lihat sahaja kulit si kecil, putih melep4k seperti ibunya. Pastinya ramai tidak sabar untuk melihat wajah anak pasangan ini.

Jom tonton video di bawah :

Perkongsian ini telah mendapat lebih 500 likes dan ramai menyatakan si kecil mewarisi ketinggian ibu dan bapanya. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :

Nak teng0k muka bby boleh? Of course ikut mummy and daddy.. Like daddy & mummy tallest style.. tak sabar nak tengok muka baby.. “

” Besar nanti tggi, putih, mmg hensem habislah. Follow daddy.. Tunggu mcm mummy & daddy .. Omggg tingginya baby.. “

Ke mana tidak tump4hnya kuah kalau tidak ke nasi. Zahirah dan juga Aiman, kedua-keduanya adalah seorang yang bertubuh tinggi. Semestinya anak mereka juga tinggi orangnya. Mana tahu apabila dewasa menjadi model juga seperti ibubapanya.

Pasangan ini masih berada di Australia iaitu di rumah keluarga Zahirah sejak dari tahun lepas lagi. Kami di Oh Kopak mengharapkan semoga Zahirah dan Aiman sentiasa bahagia dalam melayari kehidupan berumahtangga.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Zahirah Aiman Fans, Zahirah Macwilson

Artikel ini disediakan oleh OH KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Oh Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..