” Daddy pergi mana, dengan siapa. Comel je Maryam tanya.. ” – Netizen

Video Terbaru Fizo Omar Ketika Mengambil Anaknya, Wan Maryam Raih Perhatian Peminat. Amboi Cik Yam, Banyak Betul Soalan Tanya Daddy. Dah Macam Pegawai Penyiasat, Comel Betul Mulut Pot Pet Pot Pet Dia Tu !!

Wan Waryam Wan Hafizol sememangnya dikenali sejak lahir ekoran daripada populariti daddy dan mummynya sebagai public figure di Malaysia. Puteri kesayangan Fizo Omar dan Mawar Karim ini sering mendapat perhatian warganet di media sosial.

Hasil tinjauan di akaun Instagram Fizo, satu video panjang dimuatnaik yang memaparkan Fizo sedang bersembang dengan Maryam ketika mengambil anak kesayangannya ini. Pada awal video itu, Maryam yang memakai baju bewarna putih kelihatan begitu teruja berlari menuju ke arah Fizo.

Fizo yang hadir ke kediaman Mawar ingin mengambil puteri tunggal mereka untuk bermalam di rumahnya selama dua hari. Maryam bukan sahaja happy berjumpa dengan daddy tetapi kelihatan begitu petah ketika berinteraksi.

Bukan itu sahaja, semasa berbual, pelbagai soalan yang disoal oleh Maryam ketika daddy memberitahu dirinya pergi kerja. Walaupun banyak soalan yang diajukan, Fizo masih setia menjawab segala pertanyaan anaknya. Comel je bonding Cik Yam dengan daddy.

Jom ikuti perkongsian video di bawah :

Semakin membesar Maryam bukan sahaja semakin pertah bercakap tetapi ramai yang memuji Maryam semakin cantik dan bijak. Antara komen-komen baik daripada peminat :

” Good maryam.. dia soal siasat semua dkt dady dia.. g mano, dgn sapo dkt mana.. hehe.. kalah gf dady dio ni.. semoga cik yam maintain sweet n cute.. good dady.. “

” May Allah bless u and ur family brother fizoomar.. semakin cantik si Mariam ni.. Semoga daddy dan Mariam sentiasa dlm lindungan Illahi.. Dan dirahmati Allah senantiasa.. “

” Moga mommy n daddy cik yam kembali bersama untok anak kesayangan.. semoga daddy cik yam dan mummy kembali bersatu.. Sweet sgt.. “

” Bgs la daddy.. tk semua lelaki blh tunaikan tggjwb sbgai ayh setelh bercerai.. untung cik yam.. “

” Daddy girl.. Mariam missed Daddy.. Good & loving daddy.. Semoga jdi ank yg solehah.. Ank yg menyenang kn hati daddy n mummy.. “

” Perempuan ni sama je soalannya.. Comeyy maryam kecek banyok pok pek pok pek.. hahaha.. halah comel sgttt nihhh.. “

” Semoga bersatu balik Family Nie Suka Tgok LOVE.. Semoga Dipermudahkan Urusan Amin.. Cerdik dan bijak mariam semoga menjadi anak yg solehah Aamiin3.. YRA.. Daddy pergi mana Dgn sapa.. Comel je Maryam tanya.. “

Memang betul-betul anak daddy si comel Maryam ini. Keakraban antara anak dan ayah ini jelas terpancar dalam diri mereka. Fizo juga kelihatan seorang ayah yang penyayang dan bertanggungjawab. Semoga Maryam menjadi anak yang solehah yang akan membanggakan kedua ibu bapanya kelak.

Silakan SHARE..

Sumber : IG fizoomar

Artikel ini disediakan oleh OH KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Oh Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan.