” Untung adik, kakak dan abang-abang sayang.. ” – Netizen
Issey Fazlisham Kongsi Video Gelagat Anak-Anaknya Yang Sedang Menjaga Adik Kecil Mereka. Alahai Comel Jer Tengok Kak Umai Tep0k-Tep0k Adik Tu, Nampak Penyayang Sangat !!
Tiada apa yang paling menggembirakan bagi pengacara radio terkenal, Issey Fazlisham apabila isteri tercintanya, Noor Aimi Jamel telah selamat melahirkan cahaya mata pertama mereka pada 31 Ogos lalu. Perkongsian berita gembira tersebut turut dikongsikan Issey di akaun Instagram.
Terbaru, Issey telah berkongsi video yang memaparkan gelagat anak-anak t1rinya sedang menjaga adik kecil mereka. Menerusi video itu, kelihatan Cataleya atau panggilan manjanya, Umai sedang menep0k-nep0k adiknya yang sedang baring di atas tilam dan ada bersama abang-abangnya.
Kedengaran dalam video tersebut, Umai juga sedang berzikir kepada adiknya. Selain itu, Issey juga telah berkongsi kapsyen yang dia begitu bersyukur dengan kehadiran empat cahaya mata dan ia merupakan satu anugerah yang luar biasa.
Sehingga kini perkongsian video oleh Issey itu telah mendapat lebih 16 ribu tanda suka sejak ia dimuatnaik ke Instagram. Alahai untung adik, ada kakak dan abang-abang yang rajin menjaga dan menyayangi adik.
Tonton perkongsian video tersebut di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-rata begitu menyukai perkongsian oleh Issey itu. Malah mereka juga mendoakan semoga anak-anak Issey membesar dengan baik. Antara komen-komen netizen adalah :
” MasyaAllah Moga Allah sentiasa curahkan rahmat buat Issey and family. Anak anak ini pasti semuanya akan cukup menghargai dan sentiasa menyayangi Issey.. “
” Moga bahagia bersama hingga ke jannah tertinggi bersama isteri dan kesemua anak anak my dear adik.. “
” Anugerah luar biase utk lelaki luar biase, syukur. Semoga keluarga ni dirahmati dengan nikmat2 barokah, amin.. “
” Alhamdulillah. Allah sebaik2 perancang. Semoga bahagia bersama mereka2 yg perlukan perlindungan dari seorang ayah yg tulus seperti Issey.. “
” Untung adik, kakak dan abang-abang sayang dia. Adik pun macam suka je dengar kakak dia zikir sambil tepuk2, hehe.. “
” Rezeki anak-anak ni, dapat ayah yang baik dan penyanyang. Semoga anak-anak Issey ni membesar menjadi anak-anak yang soleh dan solehah.. “
” Alolo, comeinya kakak dengan abg-abg jaga adik. Ada hikmah napa semua benda dlm hidup kita terjadi.. “
Comel tengok gelagat anak-anak Issey. Semestinya video ini adalah satu memori yang sangat indah buat Issey. Apa-apa pun, kami dari Oh Kopak berharap semoga Issey sentiasa bahagia bersama keluarga dan berjaya dalam bidang yang diceburinya.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Issey Fazlisham
Artikel ini disediakan oleh OH KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copright akan dikenakan..