” Tahniah semoga dipermudahkan hingga hari langsungnya, cantik tunang.. ” – Netizen

Gambar Sekitar Majlis Pertunangan Pelakon Jay Iswazir Bersama Gadis Pilihan Hatinya Raih Perhatian Ramai. Tahniah Buat Jay Iswazir Dan Azzahra !!

Siapa tidak kenal pelakon Jay Iswazir atau nama sebenarnya, Ahmad Iswazir bin Ismail ini. Boleh dikatakan watak lakonan yang dibawanya dalam drama pasti mendapat pujian para penonton. Untuk pengetahuan, bakat lakonan Jay mula dilihat setelah menyertai program Pilih Kasih musim kedua.

Terbaru, meninjau di akaun Instagram, Jay telah berkongsi berita gembira kepada para peminatnya. Menerusi gambar yang dimuatnaik, kelihatan Jay telah meng1kat tali pertunangan bersama gadis pilihan hatinya yang dikenali sebagai Azzahra Ahmad.

Selain itu, Jay juga memanjat rasa syukur kerana majlis pertunangannya telah berlangsung dengan sempurna dan berharap segala perancangan untuk membina mahligai bersama Azzahra kelak akan dipermudahkan.

Manakala di akaun Instagram milik tunang Jay turut berkongsi beberapa gambar saat dirinya sedang disarung cincin. Cantik dan segak melihat pasangan ini mengenakan pakaian bertemakan batik ketika majlis pertunangan mereka.

Ikuti perkongsian di bawah ini :

( Klik butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya.. )

Di ruangan komen, rakan-rakan artis serta peminat turut memberikan kata ucapan tahniah buat Jay dan menitipkan doa agar segala urusan Jay dipermudahkan. Antara komen-komen menarik adalah :

” Tahniah my brother dan pasangan.. ” – Anas Ridzuan

” Alhamdulillah, congrats abang & kakak. Moga Allah lindungi segalanya.. ” – Aishah Azman

Tahniah. Semoga dipermudahkan semuanya.. ” – Shakilla Khoriri

” Congrats finally, tahniah Jay dan pasangan, moga segala urusan untuk mendirikan masjid nanti akan dipermudahkan.. “

 ” Tahniah semoga dipermudahkan hingga hari langsungnya, cantik tunang, simple je baju tunang, berseri-seri.. “

” Tahniah abang Jay dah bertunang. Tunang abang Jay ni pelakon jugak kan. Semoga segalanya dipermudahkan.. “

” Congrats hero. Finally sikit lagi welcome to the club hehe. Nanti jangan lupa bagitau tarikh keramat tu.. “

 ” Selamat bertunang, aku minat betul dia berlakon dari dlu lg, tapi paling suka aku tgk dia melat4h, hahaha.. “

” MasyaAllah Alhamdulillah tahniah, sesuai sngt2. Dua2 pelakon hebat. Semoga segalanya kalian berdua sentiasa dipermudahkan.. “

Wahh sama cantik sama padan. Untuk pengetahuan, tunang Jay ini juga merupakan seorang pelakon. Apa-apa pun, kami dari Oh Kopak turut mengambil kesempatan ini mengucapkan tahniah kepada Jay dan Azzahra, semoga segala urusan kalian untuk mendirikan rumah tangga akan dipermudahkan.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Realjayiswazir, Azzahra Ahmad

Artikel ini disediakan oleh OH KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Oh Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..