” Scha mengump4t pasal Awal. This is funny la haha.. ” – Netizen
Video Scha Alyahya Dedah Perangai Suaminya, Awal Ashaari Di Program Next To Neelofa Mencuit Hati Ramai. Ayat Scha Dengan Reaksi Muka Tu Buat Neelofa Tergelak. Haaa Kant0i Awal !!
Rancangan talkshow ‘Next To Neelofa’ menampilkan ramai selebriti terkenal pada setiap episodnya. Dihoskan oleh Neelofa, antara rakan artis yang sudahpun bersiaran episodnya di saluran Astro Ria adalah Dato’ Hans Isaac, Dato’ Siti Nurhaliza, Dato’ Rizalman dan ramai lagi.
Meninjau akaun Instagram Lofa.page, telah dikongsikan video sedutan ketika aktres Scha Alyahya menjadi tetamu jemputannya. Scha yang kini berbadan dua semakin berseri-seri dan tampil anggun dalam busananya itu. Banyak topik yang dibincangkan oleh dua bekas Dewi Remaja ini yang menghiburkan.
Neelofa yang bertanyakan kepada Scha tentang Awal Ashaari membuatkan Scha membuka cerita tentang perangai suaminya ini. Bagi pengikut pasangan ini pastinya sering melihat di Instagram gambar dan video Awal bersama Lara namun jarang-jarang melihat perkongsian Scha bersama anak sulungnya itu.
Siapa sangka rupanya Awal memang seorang yang suka mengambil gambar dan berkongsi di media sosial. Malahan kata Scha sejak dari zaman mereka bercinta lagi, Awal suka mengambil gambarnya. Sehinggakan ketika dating dulu, Awal membawa sebuah kamera kecil dan mengambil setiap gerak geri Scha. Alahai sweet sangat daddy Lara ni.
Jom tonton video di bawah :
Part Awal kant0i tidak suka makan nasi kandar dan Scha baru sahaja mengetahuinya baru-baru ini setelah bertahun-tahun berkahwin. Ayat Scha memang mencuit hati bila menyebut ‘hidup dalam kepur4-pur4an’. Ad0ilah sweet couple ini, macam-macam hal.
Lawak betul bila Scha bercerita tentang zaman bercinta bersama Awal dulu. Tak sangka sampai macam itu sekali Awal patutlah aktif sahaja akaun sosialnya dengan gambar bersama Lara. Antara komen-komen peminat :
” Hahaha Scha mengump4t pasal Awal. This is funny laa.. “
” Lawak juga cerita Awal dan Scha ni.. “
” Sebenarnya awal sgt syg scha jd ikut sjalah wlau tak suka.. “
” Hahaha.. suami klau dh syg mmg dia ikut ja lah.. “
” So sweet kisah Scha dan Awal. You hidup dalam kepur4-puraa4, lawak Scha.. “
” Scha is cool person, sangat style dia.. “
Kelakar betul melihat mimik muka Scha ketika ‘mengump4t’ suaminya ini. Memang pasangan Scha dan Awal ini saling melengkapi antara satu sama lain. Semoga Scha sentiasa gembira dan bahagia bersama keluarga tersayang dan dipermudahkan untuk melahirkan zuriat keduanya nanti. Aamin.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Lofa.page, IG Scha Alyahya
Artikel ini disediakan oleh OH KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Oh Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..