” MashaAllah cantiknya nama dia. Nama yang cukup indah dan klasik.. ” – Netizen

Genap 7 Hari Dilahirkan, Fazura Dedah Nama Anak Perempuan Kesayangannya Dan Kongsi Video Bersama Si Comel Itu. SubhanaAllah Comelnya, Seindah Nama Yang Diberikan !!

Tanggal 2 Oktober bersamaan 14 Safar 1442 Hijrah, telah lahirlah permata hati yang dinanti-nantikan oleh pasangan Fazura dan Fattah Amin. Mereka yang pada ketika itu berkongsikan berita gembira ini di Instagram membuatkan peminat teruja untuk melihat wajah si kecil.

Namun Fattah dan Fazura memohon untuk dirahsiakan dahulu nama dan wajah anak mereka dan hanya akan memberitahu setelah 7 hari mengikut sunnah Rasulullah. Meninjau akaun Instagram Fattah Fazura, telah dikongsikan satu video yang mempamerkan Fazura sedang meriba anak kecilnya ini.

Turut tertulis di kapsyen itu nama yang dipilih untuk puteri mereka iaitu Nur Fatima Aisya binti Abdul Fattah. Memandangkan Fatima baru sahaja berusia 7 hari, Fattah dan Fazura merasakan anak mereka ini belum bersedia untuk didedahkan sepenuhnya kepada media sosial.

Memahami bahawa ramai yang ternanti-nanti untuk melihat wajah Fatima, mereka mengucapkan terima kasih di atas semua doa yang dititip untuk Fatima. Wajah Fatima akan ditunjukkan kepada umum apabila tiba masa yang sesuai dan mereka sudah bersedia. Walaupun video hanya memaparkan dari pandangan sisi, Fatima tetap kelihatan begitu comel.

Jom tonton video di bawah :

View this post on Instagram

Assalamualaikum and happy Friday to everyone. It has been seven days since I was born on last Friday, 2nd October 2020. My name is Nur Fatima Aisya binti Abdul Fattah. I am now officially one week older but my parents believe that I am still too young for the world to see me. However, I know so many people are constantly making duas for me, I am indeed very blessed. I want to say Thank you so much and I hope to see you all soon when my Daddy and Mommy think Iโ€™m ready ๐Ÿ™‚ MasyaAllah.. Love, Fatima. XoXo ๐Ÿ’— Assalamualaikum. Hari ni genap tujuh hari saya dilahirkan pada hari Jumaat, 2hb Oktober 2020. Nama saya ialah Nur Fatima Aisya binti Abdul Fattah. Fatima dah berusia seminggu hari ni tapi Daddy and Mommy kata Fatima masih muda sangat lagi untuk media sosial. Tapi Fatima tahu, ramai yang selalu doakan Fatima. Fatima syukur sangat pada Aunties and Uncles semua. Terima kasih! Fatima pun tak sabar nak jumpa semua bila Daddy dan Mommy fikir Fatima dah bersedia! MasyaAllah.. Love, Fatima. XoXo ๐Ÿ’—

A post shared by Fattah Fazura (@fattzuralovelife) on

Nama si comel ini sangat indah dan menjadi perhatian peminat. Antara nama yang ada dalam sejarah Islam dan srikandi yang dikagumi. Antara komen-komen peminat :

” Beautiful Name n klasik. Assalamualaikum Nur Fatima Aisya.. “

” MashaAllah cantiknya nama dia.. Ahlan Wa Sahlan Nur Fatima Aisya binti Abdul Fattah. Comelnya dia. Semoga jadi anak yg solehah buat Mommy & Daddy.. “

” MashaAllah… comelnyaaa , beautiful name Nur Fatima Aisya binti Abdul Fattah. semoga kamu membesar dgn sehat dan menjadi anak yg Solehah ye syg. rambut lebat.. “

” Subhanallah, what a beautiful name, Nur Fatima Aisya. Irasยฒ daddy dia la.. “

” SubhanaAllah, Alhamdulilah, AllahuAkhbar. Assalamualaikum Sayang, Semoga Allah swt limpahkan segala kebaikan & kebahagiaan Dunia wal Akhirat buat anakanda solehah Nur Fatima Aisya binti Abdul Fattah, Aamiin Aamiin Aamiin Ya Allah Ya Mujib Ya Rahman Ya Rahim.. “

” Waalaikumsalam baby Nur Fatima Aisya binti Abdul Fattah..What a beautiful name.. in love with you already sayang.. “

” Sayang dia, im counting minutes to see u baby Fatima. and finally, u are out with beautiful name. semoga jadi anak solehah yang mendengar kata bonda dan ayahanda. jadi insan berguna pada orang lain. moga rezeki yang hadir berikn awak lebih menghargai kehidupan. tahniah F & F.. “

Seindah namanya, pasti Fattah dan Fazura akan mendidik anak perempuan mereka ini dengan didikan dan asuhan yang baik. Semoga Fatima Aisya membesar menjadi anak yang solehah, sentiasa dilindungi Allah dan menjadi anak yang menyenangkan hati kedua ibu bapanya. Aamin.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Fattzuralovelife, IG Fazura

Artikel ini disediakan oleh OH KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Oh Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..