” Rindunya suara Mila, memang sedap lah dengar Mila nyanyi.. ” – Netizen

Video Mila Jirin Sedang Menyanyi Sambil Duduk Di Sebuah Majlis Raih Perhatian Warganet. Wah Lama Tak Dengar Mila Nyanyi Live, Memang Padu Lah Suara Mila. Boleh Masuk Gegar Vaganza Lah Tahun Depan !!

Nama juara Akademi Fantasia musim kelima, Mila Jirin pernah meniti di bibir peminat ketika lagunya Persis Mutiara dan Aku Lebih Tahu popular tidak lama dulu. Namun selepas mendirikan rumah, Mila seakan-akan menyepikan diri dalam bidang nyanyian.

Hal ini kerana Mila bukan sahaja sibuk menguruskan hal rumah tangga, malah Mila juga sibuk dalam perniagaan dewan perkahwinan yang diusahakan bersama suami tersayang. Kini perniagaan tersebut sangat maju.

Terbaru, menerusi akaun Instagram Mila telah berkongsi satu video yang memaparkan Mila sedang menyanyi sebuah lagunya. Difahamkan team kerja Mila telah meminta dirinya menyanyi kerana sudah lama tidak mendengar Mila menyanyi.

Meskipun dalam keadaan duduk, Mila telah menyampaikan lagu tersebut dengan baik sekali. Sehingga kini video yang dikongsikan Mila itu telah mendapat ribuan tanda suka dan ratusan komen sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram.

Jom tonton video di bawah ini :

Di ruangan komen, rata-ratanya memberikan kata pujian setelah mendengar nyanyian Mila. Antara komen-komen menarik adalah :

” Rindunya suara Mila, memang sedap lah dengar Mila nyanyi. Masih berb1sa, suka betul dengan lagu ni.. “

” Wahhh boleh masuk GV tahun dpn masih berbisa suara Mila. Sy mmg minat kak mila dari AF lagi, saya harap Kak Mila buat comeback nnti.. “

” Kita sokong Mila dulu, dgr konsert akhir dkt radio. Radio kecik bw h4ram dkt asrama. Memang mengimbau kenangan betul.. “

” Sedapnyaa suara, nyanyi sambil duduk pun padu habis. Suara Mila tak berubah langsung, maintain sedap.. “

” Puan Mila bg ucapan suara pun dah sedap. Kalau tahu boleh request lagu masa kursus Umrah hari tu saya minta Puan Mila nyanyi.. “

” Ni yg sy tunggu tau, akhir nya Alhamdulillah tq Mila. Hehehe lagu ni antara lagu kegemaran saya.. “

” Salam, Milajirin boleh aje live di tiktok, lama tak dengar suara Milajirin nyanyi, masih sedap, merdu, suara tu.. “

Nampaknya pemilik nama sebenar Noorsyarmilla Jirin ini tidak mungkin melupakan bidang nyanyian kerana sudah sebati dalam dirinya. Apa-apa pun semoga Mila terus maju jaya dalam bidang yang diceburinya dan bahagia bersama keluarga.

Silakan SHARE..

Sumber : IG mila_jirin

Artikel ini disediakan oleh OH KOPAK. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Oh Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..