” Pandainya tak kedek0t, sharing is caring lah Aafiyah.. ” – Netizen
Video Gelagat Siti Aafiyah Bersama Kucing Kesayangan, Pego Raih Tumpuan Ramai. Alahai, Comelnya Tengok Tab Sama-Sama !!
Anak kepada penyanyi nombor satu di Malaysia, Dato’ Seri Siti Nurhaliza ini sememangnya sering menjadi perhatian di media sosial. Bakal menginjak ke usia 3 tahun tidak lama lagi, gelagat Siti Aafiyah yang comel dan menghiburkan membuatkan ramai gemar menonton videonya.
Antara entri terbaru yang dikongsikan di akaun Instagram ialah video Aafiyah bersama kucing peliharaannya yang bernama Pego. Pego sudah dijaga oleh Aafiyah sekeluarga sejak beberapa bulan lalu dan dia kini menjadi penenam setia Aafiyah.
Video yang berdurasi 30 saat itu telah mendapat sebanyak puluhan ribu tontonan dan kebanyakan netizen ger4m melihat kucing Aafiyah yang begitu comel. Video tersebut memaparkan Pego bermain berhampiran Aafiyah manakala Aafiyah sedang khusyuk melihat tab.
Sesekali Aafiyah melihat Pego bermain patung yang dig0yangkan di hadapannya namun di akhir video tersebut, Aafiyah kemudiannya mengajak Pego menonton tab bersama-samanya. Alahai, nampak penyayang sangat Aafiyah ni. Dah nampak aura seorang kakak penyayang.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini mendapat pelbagai respon daripada netizen dan kebanyakan mereka men1nggalkan komen emoji love. Antara komen-komen yang diberikan oleh netizen :
” Assalamualaikum princess, comel tengok sama-sama, cute sangat aafiyah. Pndainye tak kedek0t.. sharing is caring la afiyah.. “
” Buat lah IG utk pego. Cute nya pego dgn afiyah. dengar suara afiyah tros tak jd main. Boleh try download Game for Cats kat ipad aafiyah. Kucing sy baby.ash.the.cat suka main game tu. Mesti aafiyah suka tgk Pego main.. “
Jika anda mengikuti akaun Instagram Aafiyah, pastinya anda dapat melihat sikap Aafiyah yang sangat sukakan kucing. Dari awal kehadiran Pego lagi Aafiyah dilihat begitu teruj4 dan dia juga sering meluangkan masa bermain bersama Pego.
Semestinya Pego dijaga dengan begitu baik oleh Aafiyah dan dengan memelihara haiwan ini sebenarnya boleh memupuk sikap kasih sayang dalam diri anak-anak. Semoga Siti Aafiyah membesar menjadi anak yang baik dan solehah.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Aafiyah Khalid, Dato’ Seri Siti Nurhaliza
Artikel ini disediakan oleh OH KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Oh Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..