” Wah, lena dia tidur. Comel je kembar sepasang ni.. ” – Netizen

Ainan Tasneem Berkongsi Video Terbaru Anak Kembarnya, Faqeh Nael Dan Faeqa Naela Yang Lena Tidur Dalam Buaian. Alahai, Comel Betul Kembar Ni !!

Bulan lepas, penyanyi yang pernah popular dengan lagu bertajuk Aku Suka Dia, Ainan Tasneem telah selamat melahirkan anaknya yang kedua. Menariknya kelahiran kali ini adalah kelahiran bayi kembar iaitu seorang lelaki dan juga seorang perempuan.

Hasil tinjauan di akaun Instagramnya, Ainan ada berkongsi video terbaru anak kembarnya, Faqeh Nael dan Faeqa Naela yang sedang lena tidur di dalam buaian. Tarikh 18 Januari, genapla usia si kembar ini 1 bulan. Faqeh memakai baju berwarna biru manakala Faeqa pula memakai baju berwarna pink.

Melalui perkongsian sebelum ini, Ainan masih belum berkongsi wajah anak kembarnya secara jelas. Namun pada kali ni, biarpun video tersebut dirakam dari jarak yang jauh namun masih dapat dilihat wajah comel kedua anak kembarnya itu.

Melalui kapsyen Ainan, hari-hari anak kembarnya akan tidur dalam swing yang dibelinya itu dan dalam video tersebut juga memang jelas kelihatan mereka berdua begitu selesa dan nyenyak tidur di dalamnya. Peminat juga turut seronok dan ger4m melihat kecomelan si kembar ini.

Jom ikuti perkongsian video di bawah :

Perkongsian wajah terbaru anak kembar Ainan mendapat perhatian peminat. Rata-rata memuji kecomelan si kembar ini. Antara komen-komen mereka adalah :

” Ya Allah seronoknya anak kembar.. Membesar dengan sihat baby, Syomellnya, Comelnya.. tahniah ainan Ya Allah comeynya.. sepasang.. “

” Assalamualaikum Faqeh & Faeqa.. Congratulations Ainan.. We hope mummy and twins are healthy and happy, Alhamdulillah.. Comelnya dpt ank kembar pulak tu.. Tahniah ye dik.. Selamat berpant4ng.. “

” Bestkan dapat twin. Semoga berjaya menyusu twin sampai 2 tahun, Alaa comeynyaa… Bestnya dpt kembar, mashaAllah. kembar rupanya. thniah ainann.. “

” Comelnya.. doakan kita pun dikurniakam zuriat eh kak ainan, Comey jer kembar sepasang nih, So preciousss, So cute la akak.. “

” Rindu moment twins mse kcik dlu.. skang dh sthun ln plak perang4i nya. moga kuat em0si ment4l dn fizikal yer.. enjoy ur moment.. “

” Ya Allah comelnyaaaa.. tahniah ainan.. bila la boleh jumpa onty fishah ni ea.. Wahh lena dia tidur, MashaAllah Alhamdulillah, tahniah sayang.. “

” Alhamdulillah semoga baby terus membesar dengan sihat, Best nya dedua tu tido, Tahniah kak ainantasneem92 comelnya lah twins ni ger4m je rasa.. “

Sudah pastinya kehadiran si kembar Faqeh dan Faeqa dalam hidup Ainan menjadi perkara yang terindah dalam hidupnya. Kami di Oh Kopak mengharapkan semoga kedua kembar membesar dengan sihat dan menjadi anak yang soleh dan solehah apabila besar nanti.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Ainan Tasneem

Artikel ini disediakan oleh OH KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Oh Kopak tanpa kebenaran, report untuk copyright akan dikenakan..