” Handsome anak Along, muka manja. Sama manja macam ayahnya dengan nenek.. ” – Netizen

Video Sambutan Ulangtahun Kelahiran Along Cham Bersama Keluarga Yang Meriah. Sweetnya Along Dengan Mak, Manja Sangat. Anak Lelaki Along Pun Dah Besar,  Comel Dan Handsome !!

Along Cham adalah antara pelawak yang masih lagi dikenali sehingga kini. Pernah mendirikan rumahtangga bersama penyanyi Zila Saeron suatu masa dahulu, Along sehingga kini masih lagi menduda dan menjaga anak tunggalnya, Ahmad Danial.

Meninjau akaun Instagram Along, telah dikongsikan satu video yang memaparkan sambutan ulangtahun Along bersama keluarga. Along diraikan pada hari istimewanya ini oleh ibu, adik perempuan dan anaknya ini. Along turut menc0ret di kapsyennya ucapan terima kasih kepada adiknya yang membuat surpr1se walaupun tidak menjadi.

Turut sama ucapan terima kasihnya untuk ibunda tersayang dan anak terunanya itu yang sentiasa memahami kesibukan Along dalam mencari rezeki untuk mereka sekeluarga. Video pendek ini juga dapat dilihat gaya manja Along bersama ibunya itu.

Wajah Danial juga yang sudah berusia 10 tahun ini nampak gembira apabila menyambut ulangtahun ayahnya. Keakraban Danial bersama Along sering dikongsikan di Instagramnya ini dan Along pernah memberitahu pada portal Harian Metro sebelum ini bahawa Danial sudahpun bertanya mengenai  ibu baru.

Jom tonton video di bawah :

Mesra dan manja sungguh Along dengan adik dan ibunya itu. Danial juga semakin besar, semakin comel mukanya. Peminat turut mengucapkan ucapan selamat ulangtahun dan antara komen-komen mereka :

” Sanah helwah along. Semoga pnjang umur murah rezeki, dikurniakan kesihatan yg baik n dipermudahkan segala urusan di dunia & di akhir4t kelak.. Aamiin.. “

” Happy birthday along cham… Semoga dipermudahkan segala urusan di dunia dan bekalan ke akhir4t kelak.. InshaAllah.. “

” Selamat ulang tahun long, semoga sentiasa dirahmati dilindungi Allah SWT, dikurniakan kesihatan tubuh badan bahagia dunia akhir4t.. “

” Selamat ulang tahun along.. smoga panjang umur dimurahkan rezeki.. makin kelakar.. cpt dpt jodoh.. sentiasa dilindungi dibawah rahmatNya.. aminn.. “

” Sanah Helwah alongcham … Moga sentiasa di dalam lindunganNya. Sweet sangat picture yang last dengan aunty Siti tu.. “

” Handsome anak Along, muka manja. Sama manja macam ayahnya dengan nenek. Happy bangk4 Along, semoga cepat bertemu jodoh.. “

” Handsome nya anak dia, dah besar panjang. Manis macam ayahnya juga. Anyway happy birthday Along, semoga bahagia untuk family dan sentiasa dimurahkan rezeki.. “

Sweet betul Along dengan ibu tersayang dan anaknya juga sihat dan semakin comel sekarang. Apa pun, kami di Berita Kopak mengucapkan selamat ulangtahun untuk Along. Semoga bertambahnya usia, semakin bertambah rezeki Along dan bahagia selalu di samping keluarga tersayang.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Along Cham

Artikel ini disediakan oleh OH KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Oh Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..