” Pandainya dua beradik ni, fasih cakap Mandarin… ” – Netizen
Tomok Kongsi Video Gelagat Anak-Anaknya, Arrianshah Akid Dan Andrashah Iman Yang Fasih Bertutur Dalam Bahasa Cina. Terbaiklah Dua Beradik Ni !!
Tomok antara artis yang aktif di laman sosial Instagram. Seringkali berkongsikan perihal kerjaya dan anak-anaknya, posting Tomok pastinya mendapat perhatian daripada peminatnya. Untuk makluman, sehingga kini Tomok sudahpun merekodkan seramai 2.6 juta pengikut di Instagramnya.
Hasil tinjauan kami di Instagram Tomok, satu entry terbaru telahpun dikemaskini. Tomok memuatnaik video anak-anak lelakinya, Arrianshah Akid dan Andrashah Iman ketika berinteraksi bersama guru bahasa Mandarin mereka.
Baik Arrian mahupun Andra, kedua-duanya sememangnya bergelar pelajar di salah sebuah sekolah beraliran Cina. Sebelum ini juga Tomok ada berkongsikan video Arrian dan Andra membaca buku bacaan bahasa tersebut mereka di rumah.
Video pendek berdurasi 1 minit 3 saat ini antaranya memaparkan Arrian menjawab soalan dari gurunya mengenai cara menceg4h C0v1d-19. Arrian juga ditanyakan perkara yang ingin dilakukannya apabila keadaan kembali tenang seperti dahulu.
Jom tonton video di bawah :
Gelagat Arrian dan Andra yang pet4h bercakap ini telah meraih perhatian peminat. Antara komen-komen peminat yang dapat kami kongsikan :
” So clever, spre4ding aw4reness. Thumbs up untuk Arrian dan Andra. Pandai ikut bubu dia ni hehe. Semoga terus cemerlang dunia dan akhir4t.. “
” Pergh nak perg1 Hard R0ck Hotel la yehh. Ayah kena kumpul duit banyak-banyak ni haha. Pandai cakap mandarin. laju je jawab.. “
” Alhamdulillah, pandainya anak-anak ayah ni. Dah fasih la cakap Cina. Sy0k je dengar sambil tangan Arrian gerak-gerak camtu.. “
” Bijak bijak, tak tahannya Holiday Hard R0ck Penang tu. Ayah sila ambik maklum ye haha. So cute and clever boy dua beradik ni.. “
” Bijakknya arrian dan Andra. semoga terus membesar dgn sihat jadi anak yg bijak pandai dan anak yg soleh.. “
” Bijaknya anak-anak Tomok. Terbaik laa, nanti ajak ayah dan dibu perg1 H4rd R0ck Penang ok boy.. “
” Pandainya dua beradik ni, fasih cakap mandarin. Cayalah Arrian dan Andra ni. Baguslah anak-anak Tomok .. “
” Wahh bukan kaleng-kaleng budak berdua ni. Semoga lebih lancar juga dalam bahasa arab juga. Terhibur tengok melihat anak-anaknya. Cerdik-cerdik.. “
Alhamdulillah, nampak peningkatan dan kemajuan anak-anak Tomok berbahasa Mandarin. Semoga Arrian dan Andra terus berjaya dalam pelajaran dan menjadi anak yang membanggakan kedua ibu bapa selalu.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Tomok
Artikel ini disediakan oleh OH KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Oh Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..