” Cantik sangat pengantin, sama cantik sama padan.. ” – Netizen

Datin Mas Anizan Muatnaik Gambar-Gambar Sekitar Majlis Pernikahan Anak Perempuannya, Mas Aliza. Sama Cantik Dan Sama Padan Pasangan Pengantin Baru !!

Semalam merupakan hari yang bersejarah buat pelakon, Datin Mas Anizan kerana anak perempuannya telah selamat bergelar seorang isteri. Mas Aliza selamat diijabkabul dengan jejaka pilihan hatinya yang dikenali sebagai Faruq Azran.

Meninjau ke akaun Instagram, beberapa gambar sekitar majlis pernikahan anaknya itu telah dikongsikan. Menurut Mas Anizan, sudah tiga kali majlis tersebut ditunda kerana Perint4h Kaw4lan Pergerakan (PKP).

Akhirnya semalam majlis yang dirancang selama ini telah dilangsungkan dan berjalan dengan lancar. Majlis yang diadakan serba ringkas namun tetap nampak meriah dengan pelamin yang begitu cantik. Pasangan pengantin juga kelihatan sama cantik dan sama padan.

Pasangan pengantin lengkap memakai busana pengantin berwarna putih manakala pelamin mereka dihiasi indah dengan bunga-bunga berwarna pink dan peach. Mas Aliza juga cantik seperti ibunya.

Jom lihat perkongsian di bawah :

Perkongsian ini telah dihuj4ni dengan ucapan tahniah kepada Mas Anizan kerana telah menerima menantu. Antara komen-komen yang diberikan :

” Alhamdulillah.. Tahniah.. semuga bahagia hingga ke jannah. selamat pengantin baru to your daughter and new son in law.. “

” Congratulations masalizaa n suami Barakallahu lakuma wa baa raka ‘alaika wa jama’a bainakumaa fii khoiir.. Tahniah Kak Mas dapat menantu.. “

” Alhamdulillah n tahniah dear. Semoga bahagia till jannah.. tahniah buat pasangan pengantin sama cantik sama padan.. dan tahniah juga buat kakakku sayang.. dapat menantu pertama.. “

” Masyaallah sayang.. alhamdulillah … Tahniah adikku kerana dapat menantu dan keluarga baru… Moga bahagia hingga ke syurga NYA.. “

” Tahniah Kak Mas da dpt menantu… Semoga pngantin kekal bahagia hingga jannah.. cantik sangat pengantin.. “

” Tahniah Mas dapat menantu… Salam Selamat Pengantin Baru untuk kedua Mempelai.. Semoga menjadi keluarga yang Sakinah Mawaddah Warahmah… Aamiin.. “

” Alhamdulillah. Selamat Pengantin Baru. Semoga kekal bahagia hingga ke Jannah. Aamiin..  semoga kekal bahagia selamanya.. “

Kami di Oh Kopak turut mengucapkan tahniah dan selamat pengantin baru kepada Mas Aliza dan suami. Semoga bahtera perkahwinan yang dibina berkekalan hingga akhir hayat dan hingga ke syurga. Amin.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Mas Anizan

Artikel ini disediakan oleh OH KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Oh Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..