” Pakcik akan ingat nasihat dan pesan anakanda.. ” – Datuk Dr. Zulkifli
Terima Kad Hari Raya Daripada Adik Nadzrul Zarfan Namun Cadangan Yang Diberikan Olehnya Kepada Datuk Dr. Zulkifli Begitu Mengagumkan Sekali. Siap H4shtag Yang Diberikan Memang Lejenlah !!
Yang Berhormat Senator Datuk Dr. Haji Zulkifli Mohamad Al-Bakri merupakan seorang agamawan yang dahulunya memegang jawatan sebagai Mufti Wilayah Persekutuan yang ke-7. Kini beliau merupakan ahli Dewan Negara di Malaysia.
Di dalam Kabinet Malaysia 2020, beliau menyandang jawatan sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama). Beliau juga adalah pengasas kepada Pondok Moden al-‘Abaqirah, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan dan sebuah institusi hadith baru iaitu Ma’alim al-Sunan li Dirasati al-Sunnah al-Nabawiyyah, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan.
Datuk Dr. Zulkifli dilahirkan pada 16 Januari 1969 dan berasal dari Kuala Terengganu, Terengganu. Beliau mendirikan rumah tangga bersama YBhg. Datin Seri Dr. Shereen binti Mohd Yunos dan telah dikurniakan seramai lima orang cahaya mata.
Menerusi akaun Instagram, Datuk Dr. Zulkifli memuatnaik gambar beliau bersama sekeping kad raya yang diterima beliau daripada adik Nadzrul Zarfan. Jika anda masih mengingatinya, adik Nadzrul pernah tul4r sebelum ini di mana dia menghantar sepucuk surat kepada Datuk Dr. Zulkifli
Pada masa itu Datuk Dr. Zulkifli merupakan mufti Wilayah Persekutuan. Adik Nadzrul bertanya tentang huk0mnya dia dihal4u daripada bersolat di saf hadapan. Sikap dan keberanian adik Nadzrul dipuji ramai orang.
( Kl1k butang kanan -> untuk melihat gambar seterusnya.. )
Rata-rata netizen memuji sikap adik Nadzrul dan cadangan yang diberikan. Antara komen-komen mereka :
” Cerdik ank ini.. Menarik idea dia.. In shaa Allah Sama2 kita doa Dato Dr menerima idea anakanda nadzrul itu. Blh ank2 baca. “
” Hebat cadangan adik Nadzrul! Semoga terlaksana satu hari nanti .. “
” Allahu, bahasakan diri pakcik sahaja.. “
” Setuju sunggoh cadangan adik nazrul YB Datuk banyan linnas di komik kan… “
” How sweet our mufti guna “pakcik” sebagai panggilan haha.. “
” Comel je suruh balas.. “
” MashaAllah..! Ada wawasan anak ini. Peminat cil1k Datuk.. “
” Besarnya cita cita anak ini.. “
Cantik dan kreatif sungguh kad raya buatan tangan adik Nadzrul. Malah tulisan adik Nadzrul begitu kemas sekali. Cadangan yang diberikan olehnya juga cukup bernas. Walaupun masih di bangku sekolah rendah namun pemikiran jauh adik Nadzrul nampak begitu matang sekali.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Dr Zulkifli Al Bakri, Nadzrul Zarfan
Artikel ini disediakan oleh OH KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Oh Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..