” Maa Shaa Allah. Cantik bersih dan berseri-seri wajahnya.. ” – Netizen

Kongsi Video Bersama Suami, Noh Hujan, Namun Wajah Mizz Nina Tanpa Secalit Make Up Mencur1 Perhatian Ramai !!

Pernah menjadi popular pada suatu ketika dahulu dengan hasil albumnya ‘What You Waiting For’Β  nama penyanyi dan penulis lirik iaitu Shazrina binti Azman atau lebih dikenali sebai Mizz Nina menjadi sebutan. Namun sudah kita ketahui, gadis cantik manis ini sudah pun berhijrah dari kehidupannya yang dahulu.

Mungkin ramai di kalangan kita tidak mengetahui bahawa Mizz Nina ini juga merupakan anak kepada Pengerusi Kumpulan AmBank iaitu Tan Sri Azman Hashim. Namun kekayaan yang ada pada keluarganya itu tidak pernah sekali pun ditonjolkan oleh Mizz Nina kepada umum.

Kehidupan Mizz Nina telah pun berubah lebih-lebih lagi setelah dia mendirikan rumah tangga bersama jejaka pilihan hatinya iaitu Noh Hujan pada tahun 2011. Telah mengambil keputusan bersara dari bidang hiburan dan menukar imej dirinya Mizz Nina turut dikagumi oleh orang ramai.

Terbaru, menerusi perkongsian di Instagram Mizz Nina, ada berkongsi satu video dia bersama suaminya Noh Hujan. Melihat pasangan ini tetap bahagia dan ceria meskipun mereka masih lagi tidak mempunyai rezeki memiliki zuriat walaupun telah hampir sembilan tahun mendirikan rumah tangga.

Ikuti perkongsian oleh Mizz Nina di bawah :

Menonton Mizz Nina bercakap dalam video tersebut telah menarik perhatian warganet. Manakan tidak, Mizz Nina yang tampil tanpa memakai solekan itu kelihatan begitu manis dan semulajadi sekali. Antara komen-komen netizen adalah :

” Mizz Nina bersih muka pakai pr0duct apa? Boleh tahu ? “

” Subhanallah… Mizz Nina is naturally beautiful.. “

” Maa Shaa Allah.. Cantik bersih dan berseri2 wajahnya.. “

” Suka tengok dua dua. Semoga berdua sampai ke syurga.. “

” X tau la knp tp suka sgt bila tgk Mizz Nina ckp.. “

” Sweet & comel sgt Noh Nina Β semoga dipermudahkan segala urusan charity Β may Allah bless both of u .. “

Manisnya Mizz Nina. Tampil tanpa sedikit solekan pun tetap nampak cantik dan manis. Sejuk mata Noah memandang Mizz Nina. Apa-apa pun, kami dari Berita Kopak mengharapkan semoga Mizz Nina dan Noh kekal bahagia dan terus ceria selalu.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Mizz Nina

Aktikel ini disediakan oleh OH KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Oh Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..