” Ni lah paling happening malam tadi, penat aku gelak. Haha.. – Netizen

Video Gelagat Datuk M. Nasir Dan Ziana Zain Di Atas Pentas AIM23 Untuk Menyampai Trofi Buat Penonton Terhibur. Part Datuk M. Nasir Tercari-Cari Skrip Tu Berdekah Penonton Gelak. Macam Tak Datang Rehearsal Je Datuk, Hehe !!

Selepas lima tahun tertangguh, majlis pengiktirafan khusus buat karyawan seni muzik tanah air telah diadakan semalam. Anugerah Industri Muzik Ke-23 (AIM23) telah berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dengan gandingan tiga hos iaitu Sherry Alhadad, Awal Ashaari dan Azad Jasmin.

Antara yang menjadi perhatian adalah ketika Datuk M. Nasir bersama Ziana Zain selaku penyampai trofi membuatkan ramai terhibur. Dalam video yang dikongsikan menerusi Instagram Daebakingz dan saluran Youtube milik Astro Gempak memaparkan gelagat Datuk M. Nasir bersama Ziana Zain di atas pentas yang mana masing-masing saling menyak4t antara satu sama lain.

Mendengar telatah kedua penyanyi tersohor ini berbicara, kedengaran para penonton tidak berhenti ketawa. Kamera turut dihalakan ke arah isteri Datuk M. Nasir, Datin Marlia Musa yang tersenyum dan menggelengkan kepala melihat telatah mencuti hati suaminya di atas pentas.

Perkongsian video itu telah ditonton lebih 216 ribu tontanan sejak ia dimuatnaik ke saluran Youtube. Alahai tak sangka Datuk M. Nasir dan Ziana Zain apabila bergabung bersama menghiburkan ramai. Masing-masing tak nak kal4h yer, hehe.

Jom tonton video di bawah ( video penuh di hujung artikel ) :

Di ruangan komen, rata-ratanya terhibur menonton video Datuk M. Nasir bersama Ziana Zain itu. Antara komen-komen menarik adalah :

” Ni lah paling happenings malam tadi, pen4t aku gelak, haha. Masuk air betul lah dua-dua orang ni, memang tak sangka.. “

Dua-dua awet muda. Komposer Hebat dan Artis Hebat. Part Ziana asyik minta pinjam spek mata memang lawak g1la lah.. “

” Masing-masing tak nak kal4h law4n mengata, hahaha. Sump4h kelakor kena ada drama or movie comedy sme nie.. “

” Kalau dua orang ni, sal4h-sal4h pun tak apa, memang kelakar lah, haha mengekek gelak tengok semalam.. “

” Sejak join Sepahtu ni, Dato semakin kelakar, mnghiburkan. TQ Dato M. Nasir. Ziana penyanyi yang paling sempoi sangat.. “

” Suka dengan ziana dan M nasir buat lawak tak bosen yg saya suka Ziana, pndai lah diorang smpan last sekali, haha.. “

” Dari dulu lagi. M Nasir mmg masuk air kalau berganding dengan Ziana. Tiba2 teringat watak kasih lakonan Ziana dlm filem Merah arahan Datuk M.Nasir best.. “

Memang kelakar lah tengok Datuk M. Nasir bergandingan bersama Ziana, sangat menghiburkan dua seniman hebat ini. Apa-apa pun tahniah diucapkan kepada semua para pemenang semalam. Semoga kalian semua akan terus berkarya dalam industri seni dan menghasilkan karya yang berkualiti.

Tonton video penuh di bawah ini :

Silakan SHARE..

Sumber : IG daebakingz, Youtube Astro Gempak

Artikel ini disediakan oleh OH KOPAK. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Oh Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..