” Cikgu demo pastu dia dah tak sabar nak balik seat dia nak buat.. ” – Hanis Zalikha

Video Gelagat Alisa Aisyah Dan Yusuf Iskandar Belajar Menghias Kek Raih Perhatian Ramai. Wah, Nampak Excited Alisa. Tak Sabar-Sabar Dia Nak Buat !!

Meninjau ke satu akaun Instagram, sebuah video yang memaparkan gelagat Yusuf Iskandar dan Alisa Aisyah belajar menghias kek telah dikongsikan. Video tersebut diambil menerusi Instastory Hanis Zalikha.

Video yang berdurasi beberapa saat ini memaparkan Yusuf dan Alisa sedang melihat dan mendengar cara untuk menghias kek menggunakan icing daripada seorang guru. Dapat dilihat Alisa sangat fokus mendengar penerangan daripada guru.

Menurut Hanis, kelas tersebut sebenar tidak sesuai untuk usia Alisa yang masih muda namun minat Alisa terhadap sekolah membuatkan Alisa dibenarkan menyertai aktiviti tersebut. Malah Alisa juga sudah pandai menulis namanya sendiri.

Alisa dilihat begitu teruja melakukan aktiviti menghias kek ini. Kesemua langkah-langkah menghiaskan kek dapat dilakukan dengan begitu baik sekali oleh Alisa. Maka hasilnya amat menarik sekali. Nampak begitu berwarna warni kek Alisa.

Jom tonton video di bawah :

Sehingga artikel ini ditulis, perkongsian video ini telah menerima lebih daripada 500 tanda suka daripada warganet. Alisa seorang kanak-kanak yang gemar untuk mempelajari sesuatu perkara yang baru.

Tidak kurang juga dengan hasil kerja daripada Yusuf yang turut berjaya melakukan aktiviti menghias kek. Tahniah diucapkan kepada Yusuf Iskandar dan Alisa Aisyah kerana berjaya menunjukkan kreativiti masing-masing.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Aalisaaisyahairulazreen, Hanis Zalikha

Artikel ini disediakan oleh OH KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Oh Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..