Wajah Puteri Kesayangan Fazura Dan Fattah Amin

Fazura Kongsi Gambar Bersama Anaknya Di Insta Story. Alahai Comel Dan Putih Gebu Kulitnya !!

Pada tanggal 2 Oktober yang lalu, pelakon Fazura dan pasangannya, Fattah Amin telah pun bergelar ibu dan bapa. Fazura telah selamat melahirkan seorang bayi perempuan dan berita gembira ini telah pun dikongsikan di akaun Instagram masing-masing tempoh hari.

Pasangan ini memanjatkan rasa syukur kerana dikurniakan seorang bayi comel yang sihat dan sempurna. Kehadiran cahaya mata sulung ini amat dinantikan oleh pasangan ini setelah 2 tahun mendirikan rumahtangga. Pasangan ini juga turut berterima kasih kepada peminat yang sentiasa mendoakan mereka.

Walaupun begitu nama dan wajah bayi mereka masih dirahsiakan. Fazura dan Fattah bersepakat akan mengumumkan nama dan memaparkan wajah anak kesayangan mereka pada hari ke 7 kelahiran selaras dengan sunnah Rasulullah SAW.

Namun menerusi akaun Instagram Fazura, dia telah memuatnaik gambar dari pandangan sisi yang memaparkan dirinya memangku anak kesayangan mereka. Gambar tersebut dimuatnaik di Instastory miliknya. Walaupun tidak menunjukkan sepenuhnya wajah si kecil tetapi ia dapat dilihat begitu comel sekali.

Jom kita lihat perkongsian di bawah :

Untuk rekod, Fazura dan Fattah telah mendirikan rumahtangga pada 27 November 2017. Walaupun perbezaan usia di antara mereka berdua, ia tidak menjadi masalah untuk pasangan ini mengecapi kebahagiaan malah mereka dilihat begitu serasi bersama.

Pastinya ramai peminat tidak sabar untuk menatap gambar penuh si comel yang mewarisi kecantikan si ibu dan ketampanan si bapa. Semoga si comel membesar dengan sihat dan sentiasa dilindungi oleh Allah SWT. Selamat berpant4ng juga diucapkan kepada Fazura.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Fazura

Artikel ini disediakan oleh OH KOPAK . Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Oh Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..