” Kelakar lah tak larat nak gelak. Terbang sampai bulan tu, haha.. ” – Netizen
Video Angah Raja Lawak Dan Pak Azad Bertanding Menunjukkan Skill Menebar Roti Canai Raih Perhatian Ramai. Fuh Hebat Lah Angah, Roti Canai Terbang Pun Boleh Ni. Terbaik !!
Tradisi belanja sarapan pagi di antara konti radio Era, Sinar dan THR masih lagi berlanjutan sehingga sekarang. Antara yang sudah pun bermurah hati menyediakan sarapan pagi antaranya Radin Era, Nabil Ahmad, Issey Fazlisham dan terkini Pak Azad.
Jika selalunya masing-masing melepak di kedai mamak, kali ini Pak Azad membawa masakan mamak ke ruang legar konti. Wah meriah sungguh dengan pelbagai makanan dan ianya dapat dilihat dalam media sosial Era.
Meninjau akaun Instagram Sinar, telah dikongsikan satu video yang memaparkan pertandingan menebar roti canai antara Angah mewakili Radio Sinar dan Pak Azad mewakili Radio Era. Cukup gamat suasana di konti Era dengan jenaka Angah dan Pak Azad.
Dalam video ini, Angah menunjukkan skill menebar roti canai yang dikuasainya. Wah bukan biasa-biasa Angah ni. Sudah biasa di dapur, ianya nampak mudah untuk Angah. Siap roti canai terbang lagi ditunjukkan.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini telahpun meraih tumpuan daripada peminat dan rata-ratanya terhibur melihat telatah penyampai-penyampai radio ini. Antara komen-komen peminat :
” Terbaiklah Angah, power Angah tebar. Angah kan pernah cerita memang dia pernah niaga roti canai sebelum ni.. “
” Kelakar lah, tak larat nak gelak,. Roti sarang burung 1, roti tampal 1, roti kahwin 1 haha.. “
” Hebatlah Angah tebar roti canai, Dia punya terbang tu aku risau je melekat dekat tv belakang.. “
” Lain kali terbang kan atas kepala Jep haha, terbaik Angah. Seronok ada kawan kawan macam ni.. “
” Angah mastercheff kot.. mestilah terror hehee. Naib Juara MasterChef kot. Sape boleh law4n.. “
” Padu bang, terbang sampai bulan tu haha. Tak sangka Angah pandai tebar roti canai.. “
” Angah nii chef no wonder dia boleh tebar kan roti tersebut btw mantap angah. ceria je diorg ni.. “
Hebatlah Angah, boleh buka kedai roti canai selepas ni. Seronok warganet melihat keakraban antara penyampai-penyampai radio Era dan Sinar. Apa-apa pun, semoga kedua-dua stesen radio ini terus cemerlang dan ke semua penyampainya ceria selalu.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Sinar, IG Angah Lawaking
Artikel ini disediakan oleh OH KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Oh Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..