” Jarang anak bujang nak melep4k dengan bapak.. ” – Ozlynn Waty

Perkongsian Ozlynn Tentang Cara Beliau Mendidik Anak-Anak Membuka Mata Ramai Orang. Wahhhh, Memang Terbaik Dan Padu !!

” Melentur buluh biar dari rebungnya “, begitulah kata pepatah dalam mendidik anak-anak. Anak-anak umpama kain putih, ibu bapalah yang mencorakkan kehidupan mereka menjadi seorang yang berguna serta berjaya suatu hari nanti.

Bagi selebriti Ozlynn Wati dan Johan Raja Lawak yang mempunyai lima orang cahaya mata, bukanlah mudah untuk mendidik dan membesarkan anak. Walau sesibuk mana pun mereka, masa untuk bersama anak-anak adalah sangat penting. Mereka akan memastikan masa diluangkan untuk anak-anak.

Jika anda mengikuti akaun Instagram mereka, pasti anda mengetahui pasangan ini sangat menitikberatkan aspek agama. Sering dikongsikan gambar mereka sekeluarga solat berjemaah bersama. Dalam masa yang sama boleh menjadi contoh yang baik kepada pengikut mereka.

Menerusi akaun Instagram, Ozlynn berkongsi gambar suaminya, Johan bersama anak sulung mereka, Ariq. Gambar tersebut diambil ketika lepas bersahur dan sementara menunggu solat subuh. Ariq walaupun sudah remaja dilihat begitu rapat dengan ayahnya.

Baca perkongsian Ozlynn di bawah :

View this post on Instagram

Lepas sahur awal sementara nak subuh.. lepak..Suka tgk bonding ni.. jarang anak bujang nak melepek kat bapak.. kalau anak perempuan selalu.. tapi betul la.. anak2 aku sume suka menempel.. pelik betul.. kdg geram.. sb bapak dorg ni seminggu sekali mesti hangkut anak2 tdo bilik aku.. bila aku ckp mane boleh mcm ni.. nnt jd kebiasaan.. dia akan pelok aku n trus ckp “ kena share la syg, tgk skrg ni pun mcm cptnya dorg dh besar.. nnt dorg dh kawin tinggal la kita berdua.. haaa masa tu u tgk i, i tgk u.. “ bila fikir balik betul jugak kan.. sape sangka usia semuda ni kami ada anak bujang dan ada 5 org anak dah.. bersyukur sesgt..proses membesarkan anak2 memerlukan pengorbanan besar ibubapa.. setiap manusia diberi ujian yg berbeza.. ada org xde anak walaupun lama dh kawin, skrg ni kita perlu lihat dari pelbagai aspek n kena positif.. anak adalah rezeki.. tp bukan senang nak membesarkan anak2.. nak mendidik dan membimbing itu juga satu cabaran.. kami juga pernah melalui fasa yg sukar ..jadi sentiasa bersangka baik pada Allah.. yg penting usaha.. DIA maha mengetahui apa yg terbaik utk kita.. apapun kita sbg ibubapa kena sentiasa doakn yg terbaik utk anak2 kita.. selain jalankan tanggungjwp membesarkan.. pls pantau anak2 kita.. ambil tahu dgn sape dia berkwn.. bergaul.. kpd mak ayah yg bg anak2 hp di bwh umur 18 tahun.. plss pantau.. makesure apa saja boleh detect kt fon korg.. zaman canggih ni sgt menakutkan.. kalau tgk instagram yg dm aku byk bdk bwh umur.. selagi terdaya aku cuba bantu dorg dr segi nasihat.. bg semangat.. rata2 yg dm sume bgtau kurang mendpt perhatian mak ayah.. aku tidak menyalahkan memane pihak.. tp cukup apa yg aku boleh katakan aku nasihat mereka seperti anak aku sendiri.. akan aku pastikan dorg jadi anak yg baik soleh dan solehah.. dan aku harap korg.. yg ada anak2 plsss rajin la berbual.. amik tau ttg apa yg anak2 “RASA”.. bukan ikut “MASA” yg korg ada.. moga yg baik2 saja utk keluarga kita semua aamiin❤️

A post shared by Johan & Ozlynn (@jozlynnhanania) on

Rata-rata netizen berterima kasih atas perkongsian yang diberikan dan mereka bersetuju dengan pendapat dan cara Ozlynn mendidik anak-anak. Antara komen-komen mereka :

” Aminnn.. Nasihat yg panjang tapi padat! Ank ni anugerah yg tak ternilai. Coraklah ia dengan penuh warna warni. Kelak orang akan perhatikan anak dan tahu sendiri bagaimana kelakuan ibubapa. Orang kampung kata “like father like s0n” . Pering4tan untuk diri sendiri dan semua. Dunia makin mencabar. Jangan manjakan anak macam Ju! Dah la jah4t. “

” Tq for yr sharing sisturrr mmg korang h4ppening mama papa mude bergaya, beriman, loving, happyyyyy selalu, u mmg h0t m0mma gua tabik ahhh.. mmg kena pant4u.. handpon handpon ni byk sgt ruangan utk melihat benda2 yg kurang baik!!! ipad pun .. “

” Jariah nasihat.. Insyaallah bermanfaat.. “

” Setuju sangat, mmg dari sekarang nak kena bagi diorang biasa x segan pel0k ci0m kita… nanti kalau dah lambat, kita x boleh reverse dah  naishh b0nding.. “

” Besarkan anak tu senang, nak educate dorg tu paling susah, mencab4r, dugaan pelbagai dtg. Syukur anak 2 org dh abis bljr tgal yg bongsu ni baru djah 1. Cpt msa blalu. Klu boleh nak dorg keciiikkkkk je smpai bila2.. “

Sangat betul apa yang diperkatakan oleh Ozlynn. ‘B0nding time’ adalah sangat penting dan perlu diterapkan ketika anak masih kecil lagi. Semoga perkongsian daripada Ozlyn ini dapat memberi manfaat kepada semua dan boleh diterapkan dalam hubungan keluarga.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Jozlynnhanania

Artikel ini disediakan oleh  OH KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Oh Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..