” Halah halah. Cutenya Copea. Step masuk betul dengan lagu.. “

Video Ayya Soffya Beraksi Tik Tok Buat Netizen Terhibur. Bukan Main Ligat Tangan Aeril. Bapaknya Yang Lebih Ni !!

Nama Aeril Zafrel bukan nama baru di kalangan artis tempatan. Aeril mempunyai peminat dan tarikannya tersendiri yang mampu membuatkan peminat setia menjadi pengikutnya walaupun sudah berumahtangga. Aeril yang sudahpun mendirikan rumahtangga bersama pelakon cantik Wawa Zainal pada tahun 2013 sudahpun dikurniakan tiga orang cahayamata yang comel.

Ketiga-tiga amanah Allah ini diberi nama Ahmad Fakhruddin Attar, Hayla Maghfiratul Adzkiyaa dan Ayya Soffya. Ayya Soffya yang baru sahaja berusia 3 bulan ini mempunyai bilangan pengikut yang ramai sejak dihari pertama kelahirannya lagi sehinggakan baru berusia sehari sahaja sudah memiliki 30 ribu pengikut di Instagram.

Dilahirkan pada disember 2019, Ayya sudahpun diwujudkan akaun sosialnya kerana keterujaan peminat untuk melihat si comel ini. Aeril dan Wawa juga sering berkongsi perkembangan anak kecilnya ini dilaman sosial masing-masing dan pastinya perkongsian mereka mendapat view dan like yang banyak dari peminat-peminat.

Menerusi akaun Instagram, Aeril Zafrel telah berkongsikan satu video bersama Ayya Soffya sedang bermain aplikasi Tik Tok. Gelagat Ayya Soffya yang comel itu menjadi tarikan kerana aksinya itu. Ger4m tengok mata dan tangan Ayya biarpun bapaknya yang gerakkan. Nampak smooth je !

Jom tonton video di bawah :

View this post on Instagram

Pagi2 dah ajak tiktok copia ni @ayyasoffya

A post shared by AERIL ZAFREL (@aeril_zafrel) on

Rata-rata netizen memuji wajah Ayya ini. Antara komen-komen netizen :

” Comelnyaaaaaa baby edition soffya nii.. “

” So cute sayang.. “

” Eee comellllllllllllllll nya awak!.. “

” Ya allah Comelnya.. “

” Aloh-aloh. Comey sangat copeaaaa.. “

” Ya Allah comelnya dia ger4mnya.. “

” Halah halah… Cutenya Copea. Mata tu pandai sangat aiih pandang kamera. So comel sayang.. “

Penghibur hati sungguhlah si kecil ni. Comel sangat sampai tak puas-puas tengok wajah Soffya. Penyejuk mata penenang jiwa. Kami di Berita Kopak mendoakan semoga Ayya Soffya membesar dengan sempurna dan sentiasa di bawah lindungan Allah. Moga jadi anak yang solehah Copea. Aamin..

Silakan SHARE..

Sumber : IG Aeril Zafrel by Berita Kopak / Oh Kopak

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / OH KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..