” Good girl, pandai deco macam ibu.. ” – Netizen
Gambar Azzahra Jiwa Sedang Sibuk Mendeco Bunga Dapat Pujian Daripada Netizen. Wahh Ini Betul-Betul Ikut Macam Tya Arifin Ni, Kreatif Betul Dia !!
Jika disebut nama Nurtria Wulandari Arifin pasti ramai yang tidak mengenali siapakah pemilik sebebar di sebalik nama ini, namun jika sebut sahaja nama Tya Arifin sudah pasti semua sudah mengenalinya. Umum mengetahui Tya merupakan menantu tiri kepada penyanyi tersohor negara kita iaitu Dato Sri Siti Nurhaliza.
Pelakon cantik yang berasal dari Indonesia ini telah berkahwin dengan Asyraf Khalid yang juga merupakan anak ahli perniagaan terkenal, Datuk Khalid Mohamad Jiwa. Pasangan romantis ini telah dikurniakan sepasang cahayamata yang sangat bijak dan comel.
Anak sulung pasangan Asyraf dan Tya ini bernama Arif Jiwa dan yang anak kedua pula bernama Azzahra Jiwa. Pasangan adik beradik ini juga memiliki laman instagram mereka sendiri. Masing-masing memiliki ratusan ribu jumlah pengikut mereka tersendiri, memang satu jumlah yang sangat banyak untuk si cilik seperti mereka.
Terkini di laman sosial milik Azzahra kita dapat melihat perkongsian gambar Azzahra yang sedang sibuk menggubah bunga. Untuk pengetahuan, baru-baru ini keluarga mereka baru sahaja berpindah ke rumah baru. Tya juga ada kongsikan video hasil dekorasi dan home tour di channel Youtube miliknya. Wahh nampaknya Azzahra pun nak tolong ibu demo rumah juga yer.
Mari kita lihat perkongsian di bawah ini :
( Klik butang KANAN > untuk lihat gambar seterusnya )
Perkongsian gambar Azzahra yang sibuk menggubah bunga ini mendapat pelbagai komen daripada netizen. Antara komen-komen yang diterima ialah :
” Good girl pandai deco macam ibu.. “
” Azzahra anak yang sangat comel.. “
” Bijak anak ibu ini, rajin pulak tu.. “
” Alolooo so cute Azzahra sayang.. “
” Rajin sangat ni tolong ibu dia.. “
” Semoga Azzahra membesar dengan sihat dan menjadi ank yang bijak.. “
Alahaiii so cute Azzahra ni, pandai nak deco-deco macam ibu ya. Ada sahaja gelagat dan keletah si comel ini yang menarik hati. Kami di Berita Kopak mendoakan agar Azzahra membesar dengan sihat, menjadi anak yang solehah dan mentaati kedua ibu bapa. Aminn..
Silakan SHARE..
Sumber : IG Azzahra Jiwa
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / OH KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..