” Rupanya dia tertidur, boleh pulak buat-buat melukis.. “

Video Gelagat Shuk Sahar Yang Tertidur Ketika Buat Doodle Challenge Buat Ramai Terhibur. Alahai Boleh Pulak Dia Tertidur Berdiri Masa Buat Challenge Ye !!

Ketika negara berada dalam kuarant1n disebabkan C0vid-19, banyak challenge yang menjadi trend untuk menghilangkan keb0sanan ak1bat berada di dalam rumah sahaja. Walaupun sudah tiada dalam kawalan pergerakan lagi, challenge ini tetap diteruskan bagi mengisi masa terluang. Salah satu yang menjadi viral ialah doodle challenge.

Cara permainan challenge ini adalah biasa sahaja, hanya sekadar mempunyai alat untuk menulis seperti pen, pensil dan kertas. Berbagai golongan boleh mencuba challenge ini sama ada kanak-kanak hinggalah orang dewasa. Challenge ini sekurang-kurangnya dimain oleh dua orang.

Langkahnya mudah sahaja, seorang perlu menggambarkan pada kertas yang ditampalkan pada belakang pemain lain dan perlu dilukiskan. Manakala orang yang di hadapan perlu mengikut gambaran yang dilukiskan oleh orang yang berada di belakang. Apabila sudah siap bolehlah diperiksa adakah sama gambar yang dilukis.

Menerusi laman Instagram H0tfm976, sebuah video yang menunjukkan Gengg Pagi Hot (GPH) telah membuat doodle challenge. Antara GPH yang terlibat adalah Shuk dan Fizie manakala seorang lagi adalah Affandy Jailani. Mereka melakukan doodle challenge ini dengan Shuk paling hadapan, Fizi di tengah dan Affandy di belakang.

Jom tonton video di bawah ini :

Apa yang mencuit hati adalah apabila Affandy dan Fizie sibuk menggambarkan lukisan, Shuk hanya terdiam sahaja. Rupa-rupanya Shuk telah tidur dan apabila tersedar boleh pula Shuk berpura-pura melukis. Affandy dan Fizie tidak dapat menahan ketawa mereka melihat gelagat Shuk itu.

Wahh, seronok juga doodle challenge ini kan. Boleh la cuba buat bersama adik beradik, anak-anak dan teman-teman. Apa-apa pun buat Shuk dan Team Gengg Pagi Hot semoga terus maju jaya dalam kerjaya masing-masingĀ  dan menjadi siaran radio paling disukai pendengar di Malaysia. Amin..

Terima kasih kepada pembaca Berita Kopak.

Silakan SHARE.

Sumber : IG Shuk H0t FM, H0tFM976

Artikel ini disediakan oleh OH KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..