” Dia bibikkan adik dia, alala cute sangat gaya tu.. ” – Netizen
Datin Almy Nadia Kongsi Video Telatah Mencuit Hati Anak-Anaknya Di Dapur. Alahai Arianna, Selamba Je Panggil Adik Dia Macam Tu, Haha !!
Datin Almy Nadia merupakan seorang pelakon berbakat di arena seni tanah air. Biarpun kurang aktif dalam bidang lakonan sekarang, namun bakatnya memang tidak dapat dipertik4ikan. Anak kelahiran Perak ini seorang yang merendah diri walaupun sudah berstatus Datin.
Umum mengetahui Almy dan Datuk Fizz Fairuz telah mendirikan rumah tangga pada tahun 2014. Pasangan merpati dua sejoli ini dikurniakan tiga orang anak iaitu Nur Afrina Arianna, Nur Afrina Aurora dan Nur Afrina Ayra. Comel sangat anak-anak Almy dan Fizz, semuanya perempuan.
Keletah anak-anak sering dikongsikan oleh Almy di instagram miliknya. Tiap hari ada sahaja perkongsian video yang melucukan dan sangat cute dikongsikan Almy. Gelagat anak-anak yang bijak berbicara dan pelbagai ragam menarik perhatian netizen. Yang lebih kelakar, apabila Fizz juga sesekali sama-sama join anak-anak bermain.
Baru-baru ini Almy ada kongsikan video anak-anak sedang asyik makan di dapur. Gelagat kakak yang sedang makan dengan selamba memanggil adiknya dengan panggilan bibik tu memang kelakar betul. Almy pula jadi tuk4ng gelak di belakang. Haha !
Ikuti perkongsian video Almy di bawah :
Perkongsian Almy mendapat pelbagai reaksi daripada netizen. Antara komen-komen netizen :
” Hahaha comelnyer dia makan lepas tu cara dia makan macam orng buat review.. “
” Siap cakap sedap.. hahaha ad0i rag4m ank-ank.. haha.. “
” Chomel masing-masing.. alala cute sgt gaya tu.. “
” Selera dia makan.. Hmm sedap-sedap.. hahahh, aurora tu bib1k.. “
” Hahahahaha.. Comelnyaaaaaaa geram betul nanananananananana.. “
” Dia bibikkan adik dia.. Comel suka tengok keletah anak bijak ni.. “
” Ger4m plk tgk nya.. hehehe… seronok tgk kakak nie.. “
Fizz juga turut memberikan komen mencuit hati di instagram Almy :
Kelakar dan comel anak-anak Almy dan Fizz ni kan. Ada sahaja gelagat mereka yang menghiburkan dan mencuit hati ramai. Semoga anak-anak ini membesar menjadi anak yang solehah, bijak dan penyejuk hati ibu dan ayah. Semoga keluarga ini sentiasa di bawah lembayung kasihNya. Amin.
​Silakan SHARE…
Sumber : IG Almy Nadia Official
Artikel ini disediakan oleh OH KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Oh Kopak tanpa kebenaran, report untuk copyright akan dikenakan..