” Comel sangat baby Medinah. Memang muka you sebijik.. ” – Netizen

Pelakon Erynne Erynna ‘Payung’ Wajah Puteri Sulungnya, Medinah. Alahai Putih Gebu Sungguh, Comel Macam Mama Sangat Ni !!

Beberapa bulan yang lalu, pelakon Erynne Erynna mengej0tkan peminat dengan berita kehamilannya yang ketika itu sudahpun memasuki bulan ke 7. Erynne adalah pelakon cilik suatu masa dahulu yang sangat popular dengan watak airmata.

Kehebatannya dalam menjiwai watak yang diberikan membuatkan nama Erynne cepat melonjak naik. Namun seperti artis lain, karier seninya ada pasang surutnya juga. Dek kerana peralihan usia, nama Erynne hilang daripada radar peminat sebelum Erynne membuat comeback dalam drama bersiri ‘The Gadis’ baru-baru ini.

Kemunculan semulanya ini menaikkan kembali namanya yang pernah tenggel4m itu. Erynne menikahi jejaka pilihan hatinya bernama Afify. Tanggal 9 Ogos Erynne selamat melahirkan seorang bayi perempuan secara normal. Menamakannya sebagai Medinah, wajah anak kecil ini dikongsikan di Instagramnya namun hanya separuh wajahnya sahaja.

Menerusi akaun Instagram Erynne Erynna, telah dikongsikan sekeping gambar wajah terkini anaknya Medinah dan kali ini dalam versi penuh. Erynne turut menitipkan doa untuk si kecilnya ini agar sentiasa sihat dan dijauhi daripada perkara bur0k. Wah comel sangat wajah Medinah ini dengan kulit putih gebu dan rambut halus lebatnya itu.

Jom baca perkongsian di bawah :

View this post on Instagram

Assalammualaikum from Medinah 🎀 Ya Allah, lindungilah anak ku dari segala keburukan dan kejahat di dunia ini. Ya Allah, berkati, redhai dan rahmatilah anak ku di dunia dan di akhirat. Ya Allah, panjangkanlah umur dan berikanlah kesihatan yang baik pada anak ku. Ya Allah, jadikanlah anak ku seorang anak yang solehah, ikhlas, baik, jujur, bijak, penyayang, pemaaf dan kuat. Ya Allah, luaskan lah pintu rezeki anak ku, dan berikanlah padanya segala kebaikan di dunia dan di akhirat. And Ya Allah, please guide Medinah to Your path always, Ameen Ya Rabbal Alamin 🤲🏻❤️ And i pray, the same for every child in the world, amin ❤️ #alhamdulillah #mychild #mylove #myworld #allahisthegreatest

A post shared by Erynne Erynna (@erynneerynna) on

Wajah Medinah ini menarik perhatian peminat Erynne. Lena sungguh Medinah tidur nampak sangat menenangkan. Antara komen-komen mereka :

” Waalaikumuusalam Medinah. She is so cute Eryn.. “

” Comelnya baby Medinah. Moga jadi anak penyejuk mata.. Awww comelnya, so cute like mommy.. “

” Ya Allah comelnya dan putih. Moga doanya dimakbulkan Allah amin.. “

” Medinahh sho cuteeee, Amin amin yrb. be a good girl for mommy n daddy okei bby.. “

” Comelnya Medinah, She so cute… May Allah protect u dear.. “

” Comelnya baby Medinah. She so beautiful like you.. “

” Comel sangat baby Medinah. Memang muka you sebijik.. “

Seron0k tengok wajah baby sedang lena tidur ini, nampak tenang dan beri terapi pada jiwa si ibu khasnya. Medinah yang cute nampak seiras Erynne. Apa pun, semoga Medinah sentiasa dilindungi Allah, membesar dengan sihat dan menjadi anak yang solehah buat kedua ibu bapa. Aamin..

Silakan SHARE..

Sumber : IG Erynne Erynna

Artikel ini disediakan oleh OH KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Oh Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..