” Cerdiknya dia, kecil-kecil dah minat mengaji Al-quran.. ” – Netizen
Datin Niena Baharun Kongsi Video Anak Sulungnya, Adiel Mikael Mengaji Surah 3 Qul Cur1 Perhatian Peminat. Wahh Kecil-Kecil Dah Minat Mengaji Ni, Alhamdulillah !!
Menerusi akaun Instagram Datin Niena Baharun, telah dikongsikan beberapa buah video yang memperlihatkan gelagat anak sulungnya, Adiel Mikael mengaji surah 3 Qul bersama Datin Niena. Cerita Datin Niena, sudah menjadi tabiat Adiel selepas bangun pagi pasti Al-Quran atau buku Yasin yang dicari anak kecil ini.
Ke mana-mana sahaja pasti Adiel akan membawa kitab suci ini dan telah menjadi aktiviti kegemaran Adiel. Sekalipun Adiel baru berusia 3 tahun, anak kecil ini sudah diasuh sebegini. Datin Niena juga memaklumkan bahawa anaknya ini masih belum lancar bercakap.
Menyedari Adiel lebih cepat menangk4p apabila berkaitan dengan mengaji, Datin Niena tahu ini adalah kelebihan anaknya ini. Lumrah, setiap kekurangan pastinya akan ada kelebihan pada seseorang. Perkembangan setiap anak-anak juga berbeza dan tidak sama.
Melihat kepada video ini, pandai Adiel menyambung kalimah yang disebutkan oleh mommynya ini. Sudah pandai mengenal perkataan, Adiel juga nampak excited mendalami ilmu mengaji. Alhamdulillah sejuk perut mommy mengandungkan Adiel.
Jom tonton video di bawah :
Kata orang melentur buluh biarlah dari rebungnya. Dari umur sebegini sudah dipupuk mencintai Al-Quran, tidak mustahil Adiel boleh jadi Hafiz yang berjaya nanti. Antara komen-komen peminat :
” Alhamdulillah good boy Adiel. Ramai dah booking abang Adiel nak buat menantu ni. Comel dan pandai dia.. “
” Alhamdulillah syukur good boy la dia. Bakal ustaz hands0me ni. Imam muda adiel dh boleh baca Al-Quran. boleh ajar adik mengaji selepas ni .. insya-Alllah.. “
” Alhamdulillah, good job bila besar nanti Adiel jadi anak soleh ye. Insha Allah boleh jadi Hafiz yang terbaik besar nanti ye sayang.. “
” Good boy Adiel, bakal hafizz alhamdulillah. Subhana Allah cerdiknya dia, kecil-kecil dah minat mengaji quran.. “
” Pandainya dia, Anak saya pun sebaya adiel belum lancar bercakap . Alhamdulillah . Ada istimewa bahagian lain ya Datin.. “
” Dahlah handsome, pandai pulak tu. Semoga Adiel Mikael menjadi anak soleh kepada kedua ibu bapa kelak.. “
” Alhamdulillah, bukan semua bud4k ada minat macam Adiel ni. Kelebihan yang Allah beri untuk si comel Datin.. “
Seronok melihat wajah Adiel yang gembira apabila dipuji mommynya itu. Alhamdulillah, semoga permata hati Datin Niena ini menjadi seorang anak yang soleh, abang yang bertanggungjawab dan seorang yang berguna kepada bangsa dan agama.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Niena BaharunĀ
Artikel ini disediakan oleh OH KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Oh Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..