” Cantiknya, macam anak pat0ng.. “
Gambar-Gambar Majlis Resepsi Tasha Shilla Dan Atiq Idris Bertemakan Tradisional Melayu. Tahniah Dan Selamat Pengantin Baru !!
Pasangan sama cantik sama padan seperti kata pepat4h bagai pinang dibel4h dua, Tasha Shilla dan suami iaitu Muhammad Atiq Idris telah selamat menjadi pasangan suami dan isteri. Pasangan ini telah bernikah pada 28 Februari 2020 di Masjid Wilayah Kuala Lumpur.
Majlis pernikahan pasangan ini dihadiri keluarga terdekat dan kenalan rapat sahaja. Pasangan itu dinikahkan bapa pengantin perempuan, Abd Razak Razal. Tasha menerima mas kahwin sebanyak RM800 dan sebentuk cincin. Bagaimanapun, jumlah wang hantaran dirahsiakan.
Manakala, majlis resepsi telah dilangsungkan di The Great Hall. Selain resepsi pihak perempuan, pasangan itu sekali lagi akan diraikan dalam majlis kedua bagi keluarga pihak lelaki yang akan diadakan pada minggu depan. Terdahulu, pasangan ini melangsungkan majlis pertunangan pada 23 Februari lalu.
Menerusi akaun Instagram, gambar-gambar sekitar majlis resepsi Tasha Shilla dan suaminya, Atiq Idris telah dikongsikan. Bertemakan warisan tradisional melayu, majlis nampak begitu indah dan meriah sekali. Pasangan pengantin juga turut mengenakan pakaian persalinan songket.
Rata-rata netizen mengucapkan tahniah kepada kedua mempelai ini. Antara komen-komen mereka :
” Cantiknya.. macam anak.pat0ng.. selamat pengantin baru.. semoga bahagia selamanya.. aamiin.. “
” Cantek.berseri….. semoga kebahgiaan kekal milik berdua hingga ke syurga.. Aammin.. “
” Sama cantik sama padan.. “
” Congratulationsssssss to this beautiful couple.. “
” Cantik sangat dan segaknya pengantin baru ni. Congratulations tashashilla &Â atiqidris. Semoga bahagia sampai ke syurga, aamiin ya rabbal aalamiin.. “
” Cantiknya… Congratulations both of you .. “
Lagi gambar-gambar yang dikongsikan :
(Kl1k kanan -> untuk gambar seterusnya )
Wah, berseri-seri sungguh Tasha Shilla pada malam majlis resepsinya ini. Kami di Berita Kopak mengucapkan selamat pengantin baru kepada Tasha Shilla dan suami. Semoga jodoh berkekalan hingga ke syurga dan dikurniakan cahaya mata yang comel-comel.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Tasha Shilla by Berita Kopak / Oh Kopak
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / OH KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..