” Sedap betul Dato’ Siti menyanyi.. “

Video Dato’ Siti Nurhaliza Menyanyi Lagu I Will Always Love You. Part Dia Tarik Tu Memang Power !!

Hampir dua dekad menjadi seorang anak seni, ternyata percaturan memilik nama Dato’ Siti Nurhaliza Tarudin tidak pernah tersasar. Perancangan yang diatur oleh beliau pasti akan berjalan dengan lancar. Anak jati Pahang ini yang juga merupakan penyanyi No 1 Malaysia, kini telah berusia 41 tahun.

Sehingga kini,  Dato’ Siti telah memenangi hampir 300 anugerah dan penghargaan dari dalam dan luar negara.  Beliau juga telah muncul sebagai satu-satunya penyanyi yang paling berjaya di dalam sejarah Industri Muzik Malaysia, antara penyanyi paling berjaya dalam sejarah Asia dan pertama di rantau Asia Tenggara.

Selain menjadi seorang penyanyi, Dato’Siti juga merupakan seorang usahawan. Beliau telah mendirikan rumah tangga bersama seorang ahli korporat, iaitu Datuk Khalid Mohamad Jiwa pada tahun 2006. Hasil perkongsian hidup, pasangan ini dianugerahkan seorang cahaya mata perempuan.

Menerusi perkongsian di akaun Instagram ctdk.austria telah berkongsi satu video tentang Dato’ Siti Nurhaliza. Video tersebut telah merakamkan Dato’ Siti sedang menyanyikan lagu I Will Always Love You yang dinyanyikan oleh artis barat, Whitney Houston.

Ikuti perkongsian video tersebut di bawah ini :

Woww… Merdu betul Dato’ Siti menyanyi. Jarang tau nak boleh dengar Dato Siti menyanyikan lagu seperti ini. Dari dahulu hingga sekarang, tetap maintain suara Dato’ Siti. Apa-apa pun kami dari Berita Kopak mendoakan semoga Dato’ Siti sentiasa bahagia disamping insan-insan tercinta. Amin.

Silakan SHARE..

Sumber : Xtdk.austria, Dato’ Siti Nurhaliza by Berita Kopak / Oh Kopak

Aktikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / OH KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak/ Oh Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..