” Bukan selalu Cik Pia nak ikut solat sehingga habis. Siap tambah solat sunat dia lagi.. “

Bengah Kongsi Video Gelagat Anak Syurga Cik Pia Ikut Sembahyang Berjemaah Buat Netizen Kagum. Part Cik Pia Pakai Kopiah Tu Comel Je, Sempat Lagi Buat Peace !!

Nama anak syurga ini sering disebut-sebut netizen. Bukanlah seorang artis jauh sekali orang kebanyakan, namun keistimewaan anak syurga ini membuatkan ramai yang mengikuti perkembangannya. Cik Pia atau nama sebenarnya Afiatul Salsabila merupakan pengh1dap sindr0m d0wn.

Beliau yang dijaga dan sering ditemani abangnya, Hammad Zamakhshari atau dikenali dengan nama Bengah. Video mereka yang dibuat sekadar suka-suka akhirnya menjadi viral dan mendapat perhatian ramai. Semua pastinya tahu, untuk menjaga anak syurga seperti Cik Pia perlu ada tahap kesabar4n yang tinggi.

Bengah yang melayani Cik Pia dengan penuh kasih sayang walaupun adiknya itu seorang istimewa sering dipuji peminat. Bengah menjadi inspirasi dan panduan untuk keluarga yang turut mempunyai anak-anak istimewa seperti Cik Pia. Cik Pia sering membuat aksi lucu dan menghiburkan hati sesiapa sahaja yang menontonnya.

Menerusi akaun Instagram, Bengah telah berkongsikan satu rakaman video di mana kelihatan Cik Pia sedang mengikut ayahnya solat berjemaah. Gelagat Cik Pia sangat comel. Apatah lagi part dia pakai kopiah dan membuat simbol peace. Siap ada solat sunat lagi Cik Pia. Baguslah !

Jom tonton video di bawah :

View this post on Instagram

Cik Pia Solat Ganti Tempat Bengah 😁 [save video ni!] . Viral video semalam yang Bengah upload Cik Pia solat tak bertelekung tapi pakai kopiah Ayah. Netizen persoalkan Cik Pia lelaki ke perempuan? 🀣 Maaf la kalau video sekerat tu mengundang persoalan yang tidak tidak dari netizen… . Cik Pia ni adik Bengah yang istimewa 😁 Ayah mengajak Bengah solat bersama tapi Bengah dah solat dari rumah lagi. Bengah nak rakam keletah Cik Pia sebab dia merajuk dengan Bengah tanpa sebab! 🀣 mungkin dia saja tunjuk perasaan nak Bengah dan Cik Bunge pujuk dia? . Tengok dan tonton video ni sehingga habis.. ambil yang baik dan positif dari video ni. Bukan selalu Cik Pia nak ikut solat sehingga habis! Sebab insan istimewa ni dia akan buat ikut cara dia.. Alhamdulillah dia ikut Ayah solat sehingga habis. Siap tambah solat sunnat dia lagi! 😁 . Pada yang tak tahu mungkin akan ketawa dan gelak? Ini bukan content guys.. inilah keluarga Bengah. Terima kasih yang mengikuti dan suka tengok keletah Cik Pia ☺️ ketawa ketawa juga.. kita tak tahu bila waktu kita dapat bersama? Tengah ada rezeki berkumpul sama, solat bersama, inilah rezeki paling besar dalam kehidupan berkeluarga πŸ₯° . Bengah selalu cakap kat Ayah.. Doakan Amad dapat bawa keluarga kita pergi ke tanah suci. Bengah bukan harapan keluarga. Tapi kami adik beradik insyaAllah akan berkongsi rezeki sama.. Keluarga kita, kita je tahu baik buruk mereka. Lindungi sesama kita.. orang luar bukan tahu apa? Yang baik baik semua tu kita pohon berdoa dan meminta pada ALLAH SWT.. Yang buruk dan tak elok tu kita jadikan pengajaran dan repair untuk bagi elok ya! 😊 Begitulah kehidupan… . Bengah tahu korang sayang Bengah kan? Kan kan? πŸ˜† . #AbangYangPenyayang #KesayanganAlam

A post shared by Hammad Zamakhshari (Bengah) (@makhlokmacho) on

Rata-rata netizen terhibur melihat gelagat Cik Pia ini. Antara komen-komen netizen :

” Cik Pia… Anak syurga.. “

” Cikpia tak pernah tak comel.. Moga sihat selalu cik pia.. “

” Cik pia memang laaa haiii comel sangat anak syurga.. “

” Kalau cikpia pakai telekung mesti chumell g1ler.. “

” Allahu, comelnya telatah cik pia ni.. “

” Alhamdulillah.. CikPia pon tahu solat.. “

” Dia buat bunga lak hujung tu.. “

Kagum melihat anak syurga ini yang ada keinginan untuk menunaikan tanggungjawabnya terhadap pencipta. Walaupun dirinya istimewa, namun Cik Pia bukan biasa-biasa. Menyentuh hati namun pesanannya sampai bahawa siapapun kita, yang wajib tetap wajib didahulukan.

Kami di Berita Kopak mendoakan semoga Cik Pia sentiasa dilindungi Allah dan diberikan kesihatan dan umur yang panjang. Semoga hidup Cik Pia sentiasa dihiasi dengan kasih sayang dari keluarga dan insan tersayang. Buat Bengah, Insha Allah hasrat ke Tanah Suci pasti tercapai suatu hari nanti. Aamin..

Silakan SHARE..

Sumber : IG Hammad Zamakhshari by Berita Kopak / Oh Kopak

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / OH KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak / Oh Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..