” Segakkkkkk aihhhhh. Dah macam kembaq naa.. “

Mua Bellaz Kongsi Gambar Terkini Beliau Make Up Ala-Ala Pelakon Zahirah Macwilson. Woww.. Cantik Betul !!

Mua Bellaz, gayanya yang selamba dan bersahaja membuatkan ramai pengikutnya di laman media sosial gemar melihat tutorial make up yang dilakukan beliau. Bukan itu sahaja, beliau yang sering membuka kelas solekan untuk orang ramai dan kemunculannya memang amat dinantikan.

Miliki nama sebenar Nur Nabila Zulyadaini, 28 tahun atau lebih gemar dikenali sebagai Bella ini mempunyai kacukan Turki-Melayu, dan merupakan anak jati Tanjung Dawai, Kedah. Siapa sangka, beliau yang dahulunya hanya seorang suri rumah, kini menjadi seorang usahawan yang berjaya .

Bella telah mendirikan rumah tangga bersama Anuar Ahmad, 31,  dan hasil perkahwinan itu mereka telah dikurniakan dua orang cahaya mata seorang perempuan dan seorang lelaki. Paling menarik, anak sulung beliau yang kini berusia 7 tahun juga mempunyai minat dalam bidang solek.

Menerusi perkongsian di Instagram, Bella turut berkongsi gambar terkini beliau dengan hasil solekan seperti pelakon Zahirah Macwilson ketika majlis malam berinai beliau baru-baru ini. Hasil solekan Bella turut mendapat perhatian netizen.

Ikuti perkongsian Bella di bawah :

Rata-rata netizen turut memuji Bella yang kelihatan sangat cantik hasil solekan beliau. Antara komen-komen tersebut adalah :

” Makeup apa pon lawa ampa ni.. “

” Tidak ni ka… Sis Bellla oii.. Mek gambar senyum bg mulut terjongket nmpak gg sikit.. Bru sebijik.. Hehee .. “

” Bellaz kena bagi terkeluaq gigi sikit. Hehehee. Segak tu laaaaaa.. “

” Cantiknya sis bella.. “

” Manis tu ada pd Bella.. “

” Tak pernah tak lawa mak buyung ni.. “

” Segakkkkkk aihhhhh.. Dah macam kembaq naa.. “

Amboii.. Segak betul lah Bella. Make up macam mana pun tetap naik seri. Pandai betul Bella make up. Apa-apa pun, kami dari Berita Kopak mendoakan semoga segala urusan Bella sentiasa dipermudahkan dan sentiasa dimurahkan rezeki. Amin.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Mua Bellaz by Berita Kopak / Oh Kopak

Aktikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / OH KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak/ Oh Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..