” Anak mama yang ni ramai peminat Tuanku. Copy paste Tuanku.. ” – Netizen

Gambar Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Bersama Puteranya Tengku Ahmad Ismail. Seiras Betul Wajahnya !! 

Sejak diangkat sebagai Raja Permaisuri Agong, nama Tunku Azizah Aminah menjadi sebutan rakyat jelata. Permaisuri berjiwa rakyat ini sangat disenangi ramai. Tunku Azizah suka memasak dan lincah di dapur. Berbagai-bagai juadah lauk dan dessert dikongsikan di akaun sosial miliknya.

Baginda seorang yang lemah lembut dalam pertuturannya. Tidak hairanlah akaun Instagram Tunku Azizah diikuti ramai. Kepakarannya dan bakatnya tidak hanya dalam bidang masakan malahan juga pandai menjahit. Ketika PKP baru-baru ini, Tunku Azizah menghasilkan crochet yang kemas buatan tangannya.

Dikurniakan lima orang cahayamata iaitu Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah, Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah, Tengku Ahmad Ismail Mu’adzam Shah, Tengku Afzan Aminah Hafidzatullah dan Tengku Jihan Azizah Athiyatullah. Dari lima anaknya ini, Tengku Ismail dan Tengku Afzan adalah pasangan kembar.

Menerusi akaun Instagram, Tunku Azizah telah berkongsikan beberapa keping gambar baginda bersama puteranya, Tengku Ahmad Ismail Mu’adzam Shah. Tengku Ismail banyak mewarisi wajah bondanya ini. Manja je tengok aksi dua beranak ini.

( Kl1k butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya.. )

View this post on Instagram

biji mata mama !

A post shared by SPB Raja Permaisuri Agong (@airtangan_tunkuazizah) on

Perkongsian ini mendapat perhatian daripada netizen. Antara komen-komen mereka :

” Comel anak beran4k ni. Manje, anak mama semuanye…

” Awww shomel nye. love sangat ! Loving mom.. “

” Wow ! So sweet… tuanku semoga dipermudahkan segala urusan. amin.. “

” Happy tengok tuanku dgn putera kesayangan. semua tuanku dan family sentiasa dlm rahmat Allah.. “

” Comei betul tuanku dgn anakanda, semoga Allah merahmati Dan melindungi tuanku Dan keluarga aamiin.. “

” Sweet Tuanku and sooo kopipes! Copy past semua tuanku.. “

” Anak mama yang ni ramai peminat tuanku.. “

Manja Tengku Ismail dengan bondanya ini. Seiras betul wajah Tunku Azizah dan anak terunanya ini. Bak kata orang tua-tua, sejuk perut ibu mengandung kalau anak lelaki sama muka dengan ibu. Apa pun, semoga Tunku Azizah sekeluarga sentiasa ceria dan bahagia bersama. Aamin

Silakan SHARE..

Sumber : IG SPB Raja Permaisuri Agong

Artikel ini disediakan oleh OH KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Oh Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..