” Macam dah ada bau-bau nasi minyak.. ” – Netizen

Intan Saleh Kongsi Gambar Bersama Seorang Jejaka Buat Ramai Mendoakan Semoga Intan Bertemu Jodoh. Amboi Nampak Sepadan Sungguh !!

Intan Saleh merupakan bek4s isteri kepada Ude Wahid yang merupakan seorang pemuzik. Setelah cerita perp1sahan antara mereka diketahui media dan umum, Intan mula menjadi perhatian ramai. Sejak itu juga Intan telah dihujani dengan pelbagai tawaran peragaan dan ulasan produk.

Siapa sangka Intan yang dahulu tidak dikenali ramai, kini dia merupakan antara orang yang berjaya. Tuah ayam nampak dikaki, tuah manusia tiada siapa yang tahu, setelah bergelar ibu tunggal, Intan dilihat sentiasa murah rezekinya.

Bukan sahaja semakin berjaya, Intan juga semakin cantik dan menawan semenjak dia hidup bersendirian ini. Untuk rekod, Intan telah mendirikan rumah tangga bersama Ude pada tahun 2013 dan sah bercera1 pada tahun 2018. Hasil perkongsian hidup bersama, mereka mempunyai dua orang anak.

Terbaru hasil tinjauan di akaun Instagram milik Intan, telah berkongsi satu gambar dia bersama seorang jejaka. Menerusi kapsyen yang ditulis Intan, dia menulis nukilan yang dituju khas buat lelaki tersebut yang dianggapnya sebagai seorang sahabat.

Ikuti perkongsian tersebut di bawah :

Meskipun Intan hanya bersahabat bersama jejaka tersebut, rata-rata netizen berharap semoga Intan bertemu jodoh. Antara komen-komen tersebut adalah :

” Wow lagi hensem dari sebelum ni.. Macam dah ada bau2 nasi minyak.. “

” Jarang2 n tk penah bonda up gambo kawan2 LAKI ni , ni mst sepesellll nie.. “

” Berkawan laa gan sapa.. Yg pting kita bahagia kan.. “

” Just enjoy life, single is better until ur ready 2 fall in  again but Not when ur lonely.. “

” SUBHANALLAH… Klau la ni jodoh ALHAMDULILLAH Tuhan maha mgetahui mgator segalanya…. Klau bjodoh yg lama dulu x dpt yg ensem ni kn.. “

” Ya allah , jodoh kan lah kawan bonda ni dengan bonda. Aminnnn.. “

” Insyaallah Intan … Akk dulu mcm awak single mom … Alhamdulillah jpa pengganti yg Allah bg ni ckup2 rasa bahagia … Jgn pernah rasa putus asa ..Mtak yg baik2… Insyaallah yg dtg mesti yg baik2.. “

Hensem betul sahabat Intan ni ! Lagi pun tak pernah lagi Intan berkongsi gambar seperti ini di laman media sosial. Kalau special pun apa salahnya, Intan berhak untuk bahagia. Apa-apa pun, kami dari Berita Kopak mendoakan semoga Intan sentiasa bahagia bersama anak-anak dan keluarga tersayang. Aamin.

Silakan SHARE..

Sumber : IG iiiintan saleh

Aktikel ini disediakan oleh OH KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Oh Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..