” You bring the colour to my life.. “
Ucapan Emma Maembong Buat Suaminya Shazli Raih Tumpuan Netizen. Amboi Bersemut Skrin Handphone Baca Respon Shazli Dan Emma Ni. Till Jannah Emma !!
Masih lagi terasa bah4ng kehang4tan perkahwinan sensasi pelakon Emma Maembong dan pasangannya Shazli. Keindahan majlis resepsi mereka seolah-olah menggambarkan betapa bahagia yang mereka impikan selama ini dimakbulkan tuhan.
Umpama raja dan permaisurinya, Emma dan Shazli tampak cantik dan segak di majlis perkahwinan mereka. Sudah tertulis jodoh akhirnya berpihak buat Emma dan Shazli. Siapa menyangka, pertemuan kembali mereka sepantas kilat membuahkan bibit-bibit cinta.
Tanpa gosip dan tanpa dikesan oleh pihak media, Emma akhirnya melangsungkan perkahwinannya pada 20 Februari lalu. Hanya dihadiri saudara mara dan rakan sahabat terdekat di majlis akad nikah mereka, pasangan ini selamat bergelar suami isteri. Jika dilihat dari video pre-wedding mereka, segalanya tentang percintaan dan detik pertemuan mereka diabadikan dalamnya sebagai kenangan manis mereka bersama.
Menerusi akaun Instagram, Emma Maembong telah berkongsikan beberapa keping gambar ketika penggambaran video pre wedding mereka. Indahnya panorama yang ditonjolkan penuh dengan warna seumpama menggambarkan hidup mereka yang saling melengkapi sekarang. Kapsyen Emma yang sangat romantis buat netizen tersenyum-senyum membacanya.
Jom baca perkongsian di bawah :
Kapsyen Emma ini dibalas oleh suaminya Shazli dengan ungkapan ringkas namun cukup membuatkan semua tahu bahagia dan sayangnya dia pada si cantik jelita ini.
Rata-rata netizen gembira melihat kebahagiaan yang dikecapi Emma ini. Antara komen-komen netizen :
” Emma sweetnya bersemut.. “
” Best pre-wed video!! Love sangattt.. “
” Semoga berbahagia bersama suami hingga ke akhir hayat.. “
” You look happier, alhamdulillah.. “
” InshaaAllah kebahagiaan emma shazli kekal ke jannah.. Aamiin.. “
” May your marriage last till Jannah. Aamiin.. “
Semoga jodoh kurniaan Allah ini adalah yang terbaik dan mampu membawa Emma ke syurgaNya. Penuh kebahagiaan dan kegembiraan di wajah Emma yang jelita itu. Sesungguhnya Emma layak untuk rasa bahagia setelah pelbagai dugaan melanda. Kami di Berita Kopak mendoakan Emma dan Shazli kekal bersama hingga ke jannah. Aamin
Silakan SHARE..
Sumber : IG Emma Maembong by Berita Kopak / Oh Kopak
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / OH KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..