” Bell gurau kasar. Semua dah jadi bapak mertua orang hahaha.. “

Parodi MeleT0P Bulan Dan Pria Terhebat Yang Melucukan. Part Bell Ngasri Membahan Zizan Razak Tu Memang Kena lah. Zizan Orang Dah Seru Ni !!

Pengikut setia rancangan hiburan MeleT0P pastinya tertunggu-tunggu video parodi MeleT0P. Setiap minggu pasti ada sahaja artis dan selebriti yang menjadi bahan parodi mereka. Seperti biasa, artis parodi MeleT0P pastilah Jihan Muse dan Bell Ngasri. Untuk kali ini parodi ini turut disertai penyanyi, Shiha Zikir.

Mengambil tajuk filem terbaharu lakonan Zahirah Macwilson, Maya Karin, Zizan Razak dan Bell Ngasri, parodi minggu ini berjudul Bulan & Pria Terhebat. Bell yang sememangnya terkenal dengan karektor kelakarnya seperti biasa memainkan wataknya dengan penuh jaya.

Bell yang merupakan pelakon dan pelawak ini sememangnya hebat dalam membuat parodi. Sebut sahaja apa wataknya, pasti akan dilakonkan dengan sempurna. Lawak Bell selalu bersahaja dan membuat peminat ketawa dengan ayat spontan Bell ini.

Manakala Jihan Muse pula yang sememangnya terkenal dengan jolokan ‘Ratu Parodi’ ini bukanlah nama asing bagi peminat. Mainan mimik muka dan lontaran suara Jihan sering membuatkan peminat ketawa dan terhibur dengan lakonan mantapnya itu.

Jihan yang sudah diiktiraf sebagai pelawak wanita popular itu dengan mudah mampu mengundang tawa peminat. Hinggakan kadang-kadang tak terlintas ayat yang bakal diucapkan Jihan walaupun simple dan pendek namun gelak penonton pasti kedengaran.

Rata-rata netizen terhibur dengan lakonan parodi mereka ini. Antara komen-komen netizen :

” Bell tak pernah mengecew4kan hahahaha.. “

” Kalau ada jihan dan bell aduhai pec4h perut aduhai.. Apa ni… “

” Semua dah jadi bapak mertua orang.. “

” Hahaha.. Gam molek sesangat.. Hahaha.. “

” Bell gurau kasar hahahahahha.. “

Amboi Jihan sempat lagi diselit usikan untuk pengantin baru Zahirah dan Aiman Hakim Ridza. Sampai ke gambar kahwin dimasukkan sekali. Gelak je Zahirah tengok karektor Jihan yang lucu tu. Dengan ditiru tah1 lalat dimuka tu buat Jihan nampak bertambah lucu.

Lucu sungguh team parodi kali ni. Tapi part Bell dengan Zizan memang paling mencuit hati. Sempat lagi Bell membahan Zizan. Mentang-mentang Zizan bujang trang tang tang lagi, lagi disak4t kawan tu. Apa pun, kami di Berita Kopak mengucapkan selamat berkarya untuk team parodi MeleT0P dan moga terus menghiburkan semua peminat dengan parodi mereka ini. Aamin

Tonton video penuh di bawah :

Silakan SHARE..

Sumber : IG Bell Ngasri , IG Jihan Muse , Youtube MeleT0P by Berita Kopak / Oh Kopak

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / OH KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..