” Wah rasa betul-betul dah tua ni, kita enjoy.. ” – Netizen

Video Reunion Pelakon-Pelakon Sitkom ‘Puteri’ Yang Popular Suatu Masa Dulu Raih Perhatian Ramai. Wah Puteri, Kamala Dan Roslan Kembali Beraksi !!

Masihkah anda ingat dengan sitkom yang popular suatu masa dahulu iaitu Puteri ? Drama komedi ini dilakonkan oleh Nora Danish selaku watak utama iaitu Puteri. Turut membintangi ialah Kanchana Devi, Beego, Siti Fazurina dan AR Badul.

Meninjau ke akaun Instagram Nur Aliah Lee, video terbaru yang dikongsikan telah meraih perhatian ramai. Ini kerana kesemua pelakon sitkom Puteri kembali beraksi untuk siri terbaru Puteri Reunion yang bakal ditayangkan pada bulan Syawal nanti.

Video yang berdurasi beberapa minit ini turut membuatkan ramai peminat teruja dan tidak sabar menantikan siri terbaru ini. Malah pelakon-pelakon Puteri juga nampaknya teruja setelah sekian lama tidak bertemu.

Nur Aliah Lee juga turut berasa seb4k apabila melihat Beego, Nora dan Kanchana bertemu kembali. Video tersebut merupakan hari pertama penggambaran untuk Puteri Reunion. Wah, pasti ramai merindui watak Puteri.

Jom tonton video di bawah :

Rata-rata netizen berasa tidak sabar menantikan Puteri Reunion ditayangkan di kaca televisyen. Antara komen-komen yang diberikan :

” Nak puteri impian reunion plsss puan nancy.. mohon videokan air mata sis yg menitik netizen nak tengok.. tak sabar.. “

” Yeayyy.. tak sabarrr.. Suka tgk citer ni dulu.. Wah rasa btl2 dah tua nie.. kita enjoyyyyy.. Eh..kte pulak yg seb4k tgk.. ape2 pn kte enjoy.. “

” Pak Badar dgn Auntie Lilian takde ke ? Abg Ramli Long pun ada.. Bestnya ada.. tak sabarnya teringat zaman muda dulu.. “

” MasyaAllah seronoknya ader buat reunion PUTERI semula.. Terasa diri ini tua.. wahhh legendd.. bestnya, feveret.. “

” Ya Allah Hani tengok pun apasal rasa cepat nya masa berlalu. Skrg umur kita pun 3series. Masyallah.. “

Wahhhhh tak sabarrrrrr.. Mana Anita.. Yeahhh, Ghinduuuuuu. Bestnya tengok mereka kembali.. Soooo kita enjoyy.. “

” Kerana puterilah saya tekad bubuh nama anak puteri jika perempuan. Loveeenyeee.. membesar sekali dengan diaorg. hahaha.. “

Antara tagline yang popular dalam sitkom ini ialah ‘ Kita enjoy ‘ yang sering disebut oleh Puteri iaitu Nora Danish. Diharapkan kita sama-sama enjoy dengan kembalinya Puteri Reunion ini. All the best untuk semua pelakon Puteri Reunion.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Nor Aliah Lee, Nora Danish

Artikel ini disediakan oleh OH KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Oh Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..