” Wah hadiah Aqili memang paling special ni.. ” – Netizen
Ifa Raziah Kongsi Video Sambutan Hari Lahir Anak Terunanya, Shakir Aqili Yang Ke 16 Tahun. Wah Dah Besar Aqili, Hadiah Birthday Dari Mama Papa Tu Paling Istimewa !!
Menerusi akaun Instagram Ifa Raziah, telah dimuatnaik satu video yang memaparkan mereka sekeluarga menyambut hari lahir anak lelakinya, Muhammad Shakir Aqili bin Mohd Yani. Ini merupakan ulangtahun Aqili yang ke 16 tahun.
Sambutan yang diadakan di sebuah restoran secara sederhana ini cukup meriah dengan gelagat mereka sekeluarga. Coret Ifa di kapsyennya juga agak panjang untuk putera tersayang. Ifa juga tidak terasa cepatnya Aqili membesar dan menjadi dewasa.
Sebagaimana ibu lain, doa yang terbaik sentiasa diungkap untuk Aqili. Istimewanya tahun ini, Ifa dan suami memberikan hadiah berupa pakej umrah ke tanah suci Mekah untuk Aqili. Alhamdulillah hadiah hari lahir yang cukup bermakna.
Ifa turut mempamerkan paparan visa umrah yang tertera maklumat berkenaan Aqili dan wajah Aqili pada posting berikutnya. Turut dituliskan di situ, ini bakal menjadi umrah kali ke 3 buat Aqili. Rezeki yang tidak semua orang dapat, syukur.
Jom baca perkongsian di bawah :
(Kl1k butang KANAN > untuk menonton video seterusnya.. )
Perkongsian oleh Ifa ini telah meraih perhatian daripada peminat. Cepat Aqili membesar, sudah menjadi anak teruna yang manis sama seperti mamanya. Antara komen-komen peminat :
” Selamat hari lahir Aqili. Semoga menjadi anak yang soleh dan membanggakan kedua ibu bapa. Alhamdulillah rezeki Aqili.. “
” Alhamdulillah, rezeki dari Allah. Tuah badan Aqili dapat menziarahi rumah Allah. Semoga menjadi anak yang soleh.. “
” Happy birthday Aqili. semoga ada murah rezeki dan panjang umur serta dilindungi Allah. Semoga menjadi anak soleh untuk mama dan papa.. “
” Terbaik hadiah hari lahirnya, syukur Alhamdulillah. Happy birthday Aqili, moga terus menjadi anak kebanggaan ibu bapa. Semoga apa yang didoakan dimakbulkan Allah.. “
” Alhamdulillah hadiah teristimewa dari mama dan papa untuk Aqili. selamat ulangtahun anak teruna mama, semoga jadi anak yang soleh.. “
” Happy birthday Aqili, semoga menjadi anak yang soleh dan diberkati dan dirahamti Allah selalu. Serius arr dah besar dia.. “
” Wah hadiah Aqili memang paling special ni, untungnya Aqili bukan semua orang boleh dapat rezeki sebegini. Happy birthday handsome boy Aqili.. “
Selamat hari lahir buat Aqili dari kami di Berita Kopak dan semoga bertambahnya usia, Aqili dikurniakan Allah kejayaan di dunia dan akhir4t. Semoga perjalanan umrah Aqili bersama keluarga juga berjalan lancar dan dipermudahkan.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Ifa Raziah
Artikel ini disediakan oleh OH KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Oh Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..