” Adik tak main doll sayang.. ” – Datuk Siti Nurhaliza

Video Siti Aafiyah Bersama Adiknya, Muhammad Afwa Bermain Bersama Raih Perhatian Peminat. Part Masa Aafiyah Bagi ‘Doll’ Pada Afwa Buat Ramai Terhibur. Alahai Comel Lah Dua-Dua Ni !!

Meninjau di akaun Instagram milik Afwa Khalid yang diwujudkan oleh peminat telah dikongsikan satu video. Video itu memaparkan gelagat anak Datuk Siti Nurhaliza iaitu Siti Aafiyah sedang bermain bersama adiknya, Muhammad Afwa.

Video tersebut telah dirakamkan sendiri oleh Datuk Siti Nurhaliza. Kelihatan Afwa begitu gembira sekali dapat bermain-main dengan Aafiyah sehingga kedengaran suaranya sering kali ketawa melihat gurauan yang dibuat oleh kakaknya.

Namun, yang mencuit hati adalah di akhir video tersebut, Aafiyah dengan tiba-tiba terus mengambil ‘doll’ dan memberikan kepada Afwa. Kedengaran juga suara Datuk Siti telah berkata kepada Aafiyah yang adiknya itu tidak bermain permainan itu.

Sehngga kini perkongsian video tersebut telah mendapat lebih 1 ribu tanda suka sejak ia dimuatnaik ke Instagram. Comel sungguh dua beradik ini mengisi masa lapang bersama. Pandai Aafiyah menghiburkan adiknya, Afwa pula memang seorang yang mudah terhibur.

Tonton perkongsian video tersebut di bawah ini :

Di ruangan komen, rata-ratanya terhibur setelah menonton video tersebut. Antara komen-komen menarik adalah :

” Gurau adik beradik, haha comel tengok muka Afwa macam gel12 je dengan doll tu. Hahahaa suara Dato Siti pun comel tegur Aafiyah.. “

” Alam4k dibaginya adik main doll pulak, hahaha. Aafiyah ni Afwa baby boy lah sayang. Suka tengok adik beradik ni, comel2.. “

” Bijak Aafiyah bergurau denga Afwa, sampai tersedu2 si Afwa tu ketawa. Last part bagi doll tu paling tak tahan, hahaha.. “

” Afwa kena paks4 main doll ke, aippp kakak Aafiyah ni, heheheehe jangan2 Afwa budak lelaki lah sayang, haha.. “

” Ahh sudah, tggu besar skit, dipksa adik main masak-masak pula dengan dia, hahaa. COmel muka Afwa pas tengok anak patung tu, tak0t ke gel1 tu.. “

” Teringat saya sulong n adik boy, masa kck2 bile dh besar sikit xde geng. Sorang main barbie, sorang main senap4ng, hahaa.. “

” Pandai Aafiyah buat suara monkey tu, ketawa terus si adik main dengan kakak. Hehehe Afwa ketawa comel dengar.. “

Aafiyah bagi doll kat adik, terus kena teg0r dengan ibu. Alahai comel je. Apa-apa pun, kami dari Berita Kopak mendoakan semoga Aafiyah dan Afwa membesar dengan sihat, menjadi anak yang solehah dan soleh buat kedua ibu bapanya.

Silakan SHARE…

Sumber : IG Afwa Khalid, Siti Aafiyah, Ctdk

Artikel ini disediakan oleh OH KOPAK. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Oh Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..